Menyambung kepada rangkaian Wi-Fi menggunakan PC yang disambungkan secara wayarles (Mac)
Ambil perhatian bahawa sistem audio utama perlu ditetapkan semula kepada lalai kilang untuk sambungan ini. Semua maklumat pendaftaran (berpasangan) peranti BLUETOOTH dihapuskan. Untuk menggunakan sambungan BLUETOOTH selepas itu, hapuskan semua maklumat pasangan pada Mac dan kemudian tetapkan pasangan semula.
Bahagian ini menerangkan cara untuk menyambung Mac dan sistem audio utama secara wayarles, kemudian cara untuk menyambung sistem audio utama kepada penghala wayarles, menggunakan Mac.
Lakukan yang berikut sebelum bermula.
- Putuskan sambungan kabel LAN (tidak dibekalkan) daripada sistem audio utama.
- Letakkan sistem audio utama lebih dekat dengan penghala wayarles.
- Cari SSID (nama rangkaian wayarles) dan kekunci penyulitan (WEP atau WPA), yang diperlukan untuk menyediakan rangkaian Wi-Fi. Kekunci penyulitan mengehadkan capaian kepada peranti dalam rangkaian. Ia digunakan untuk menjadikan komunikasi antara peranti yang bersambung kepada penghala wayarles dan titik capaian lebih selamat.
- Simpan nama rangkaian Wi-Fi (SSID) dan kata laluan (kekunci penyulitan) penghala wayarles untuk rujukan.
Untuk butiran, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan penghala wayarles anda.
- Tetapkan semula sistem audio utama dengan menggunakan alat kawalan jauh.
- Cabut palam kord kuasa AC, kemudian masukkannya semula.
- Tekan butang
(kuasa) untuk menghidupkan sistem audio utama.
- Tekan butang OPTIONS.
- Tekan butang
/
berulang kali untuk memilih [SYSTEM], kemudian tekan butang
(enter).
- Tekan butang
/
berulang kali untuk memilih [RESET], kemudian tekan butang
(enter).
- Tekan butang
/
berulang kali untuk memilih [YES], kemudian tekan butang
(enter).
[RESET] muncul pada paparan.
Tetapan sistem audio utama kembali kepada lalai kilang, dan tetapan rangkaian dan semua maklumat pendaftaran (berpasangan) peranti BLUETOOTH akan dihapuskan.
- Hidupkan sistem audio utama.
Penunjuk kuasa menyala hijau. Tunggu sehingga penunjuk NETWORK berkelip putih. Ia mengambil masa kira-kira 2 minit (dalam sesetengah keadaan, 4 atau 5 minit).
- Sambungkan sistem audio utama kepada Mac.
- Klik
di bahagian atas skrin.
- Pilih [Open Network Preferences...].
- Pilih [MHC-V77DW] daripada senarai rangkaian.
- Klik
- Paparkan skrin [Sony Network Device Settings].
- Lancarkan pelayar (Safari dan lain-lain).
- Masukkan URL berikut di dalam bar alamat.
- Pilih [Network Settings] dari menu.
- Masukkan SSID penghala wayarles dan kata laluan.
- Pilih [Apply].
- Pastikan penunjuk NETWORK menyala putih.
Apabila sambungan Wi-Fi selesai, penunjuk NETWORK menyala putih. Ia mengambil masa kira-kira 2 minit (dalam sesetengah keadaan, 4 atau 5 minit).
Sambungan selesai.
- Sambungkan Mac kepada penghala wayarles yang akan digunakan.
Petua
- Jika anda ingin menetapkan alamat IP yang tetap, tetapkan dalam skrin dalam langkah
di atas.
- Apabila sambungan sistem audio utama kepada rangkaian Wi-Fi anda telah selesai, sambung PC anda kepada destinasi yang sebelumnya atau penghala wayarles anda.
Nota
- Prosedur ini perlu dilengkapkan dalam masa 30 minit. Jika anda tidak dapat menyiapkan dalam masa 30 minit, mula semula dari langkah
.
- Sehingga anda selesai membuat tetapan rangkaian Wi-Fi, ia tidak akan dilindungi. Rangkaian Wi-Fi akan dilindungi semula selepas menetapkan keselamatan Wi-Fi.
- Apabila anda menyambungkan sistem audio utama kepada rangkaian Wi-Fi buat pertama kalinya selepas pembelian, mod siap sedia BLUETOOTH/Rangkaian dihidupkan secara automatik.