Pengemaskinian manual melalui pemacu kilat USB (apabila kemas kini melalui rangkaian gagal)

Jika [NETWORK ERROR] atau [DOWNLOAD ERROR PUSH POWER] muncul pada paparan, kemas kini perisian telah gagal. Dalam keadaan ini, sistem audio utama tidak akan bertindak balas terhadap sebarang operasi dan tiada fungsi boleh digunakan, kecuali operasi butang (kuasa). Ikut prosedur di bawah untuk memeriksa keadaan sistem audio utama, kemudian selesaikan kemas kini perisian dengan kaedah yang sesuai.

  1. Tekan butang (kuasa) untuk mematikan sistem audio utama dan kemudian tekan butang tersebut untuk menghidupkan sistem audio utama.
  2. Tunggu kira-kira tiga minit (atau sehingga sambungan rangkaian diwujudkan), kemudian semak maklumat pada paparan.
    • Apabila [UPDATE] menyala pada paparan: Kemas kini belum selesai, walaupun sistem audio utama boleh digunakan seperti biasa. Matikan sistem audio utama semula, kemudian lihat yang berikut untuk menyelesaikan kemas kini perisian menggunakan pemacu kilat USB.

      Kaedah kemas kini 3: Kemas kini manual melalui pemacu kilat USB

    • Apabila [NETWORK ERROR] atau [DOWNLOAD ERROR PUSH POWER] muncul pada paparan (status yang sama seperti sebelum menghidupkan sistem audio utama semula): Kemas kini telah gagal dan sistem audio utama tidak boleh digunakan. Teruskan ke langkah seterusnya untuk mengemas kini menggunakan pemacu kilat USB.

      Prosedur pengemaskinian adalah berbeza daripada “Kaedah Kemas kini 3” dan langkah-langkah berikut diperlukan. Dalam keadaan ini, kemas kini tidak dapat dilakukan melalui rangkaian.

  3. Jika [NETWORK ERROR] atau [DOWNLOAD ERROR PUSH POWER] muncul pada paparan, ikut prosedur di bawah untuk mengemas kini.
    1. Muat turun fail kemas kini dari laman web di bawah, kemudian simpannya dalam pemacu kilat USB.

      Bagi pelanggan-pelanggan di Amerika Latin:

      http://esupport.sony.com/LA

      Bagi pelanggan-pelanggan di Eropah dan Rusia:

      http://www.sony.eu/support

      Bagi pelanggan-pelanggan di negara/wilayah lain:

      http://www.sony-asia.com/section/support

    2. Matikan semula sistem audio utama.

      Selepas mematikan sistem audio utama, lengkapkan langkah-langkah berikut sehingga menghidupkan kuasa semula dalam tempoh tiga minit.

    3. Sambungkan pemacu kilat USB kepada port USB (dalam kulit USB REC/PLAY) pada sistem audio utama.
    4. Hidupkan sistem audio utama.

      Maklumat kemajuan kemas kini muncul pada paparan dan kemas kini bermula secara automatik.

      [UPDATED] muncul pada paparan dan sistem audio utama memasuki mod siap sedia atau mod siap sedia BLUETOOTH/Rangkaian secara automatik apabila pengemaskinian selesai. Apabila anda menghidupkan sistem audio utama buat pertama kalinya selepas kemas kini, [UPDATED] muncul pada paparan.

Petua

  • Semasa kemas kini, maklumat kemajuan kemas kini muncul pada paparan dan [UPDATED] muncul pada paparan apabila kemas kini selesai. Jangan matikan sistem audio utama semasa mengemas kini.

Nota

  • Apabila anda mengemas kini menggunakan pemacu kilat USB, kemas kini tidak boleh dihentikan. Jika pemacu kilat USB dialih keluar atau sistem audio utama dicabut palamnya semasa mengemas kini, sistem audio utama tidak akan berfungsi dengan baik.
  • Pengemaskinian biasanya mengambil masa 3 hingga 10 minit.
  • Jangan kendalikan sistem audio utama semasa mengemas kini. Selain itu, pastikan sistem audio utama disambungkan kepada bekalan kuasa dan rangkaian semasa mengemas kini.