Mendengar perkhidmatan muzik Internet (Spotify)

“Spotify” memberi anda capaian segera kepada berjuta-juta lagu.

Ciri “Spotify Connect” membolehkan anda memilih muzik dalam aplikasi Spotify dan menstrimnya pada sistem audio utama. Untuk menggunakan ciri “Spotify Connect”, anda memerlukan akaun Premium.

Untuk butiran mengenai Spotify, rujuk URL berikut:

www.spotify.com/connect

Nota

  • Bergantung pada negara atau rantau, ketersediaan perkhidmatan Spotify mungkin berbeza.
  1. Sambungkan sistem audio utama dan telefon pintar, iPhone dan lain-lain kepada rangkaian yang sama.

    Sambungkan sistem audio utama dan telefon pintar, iPhone dan lain-lain kepada SSID penghala wayarles yang sama.

    Penunjuk NETWORK menyala putih apabila sistem audio utama disambungkan kepada rangkaian anda.

  2. Sentuh kekunci NETWORK/WPS pada sistem audio utama.

    Sistem audio utama memasuki fungsi NETWORK.

  3. Muat turun aplikasi Spotify pada telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain dari Google Play atau App Store.
  4. Lancarkan aplikasi Spotify dan log masuk ke akaun Premium Spotify.
  5. Pilih dan mula memainkan muzik.
  6. Ketik ikon Sambung () dan pilih sistem audio utama sebagai peranti output audio.

    Pilih sistem audio utama

Petua

  • Apabila “Spotify Connect” diaktifkan, ikon Sambung () menyala.