Memasang sistem pada tripod
Anda boleh melaraskan ketinggian sistem menggunakan tripod (tidak dibekalkan).
Padankan lubang pada sistem (
) kepada tripod (
), kemudian tolak ke bawah dengan lembut sehingga ia dimasukkan sepenuhnya ke tripod.
Pastikan diameter tripod yang digunakan adalah kira-kira 35 mm sahaja.
Tinggi: ≤ 1 m
≥ 0.55 m *
35 mm
* Kami mengesyorkan anda untuk meluaskan kaki tripod kepada maksimum.
Nota
-
Kami mengesyorkan untuk menggunakan kabel sambungan (tidak dibekalkan) jika kord kuasa AC (bahagian utama) tidak dapat mencapai saluran keluar dinding.
-
Sila ambil langkah berjaga-jaga yang berikut semasa memasang sistem pada tripod untuk mengelakkan kecederaan pada diri sendiri atau merosakkan sistem.
-
Pasang tripod dengan lengkap sebelum anda memasang sistem. Pastikan untuk membaca arahan pengendalian bagi tripod anda.
-
Jangan memasang sistem pada tripod yang diletakkan di permukaan tidak stabil, laluan pejalan kaki atau sebarang lokasi lain yang tidak bersesuaian.
-
Pastikan sistem dipasang pada tripod dengan kemas.
-
Jangan tolak sistem atau letakkan sebarang objek pada sistem apabila ia telah dipasang pada tripod.
-
Jangan putar atau angkat sistem apabila ia telah dipasang pada tripod.
-
Jangan berjalan melintasi kaki tripod untuk mengelak daripada tersadung.
-
Tanggalkan kord kuasa AC (bahagian utama) dan semua kabel, dan buka sistem daripada tripod apabila anda ingin mengalih tripod atau sistem.
-
Sila berhati-hati supaya tidak tersadung kaki tripod atau kord kuasa AC (bahagian utama).
-
Jauhkan kanak-kanak daripada sistem yang dipasang pada tripod.
-
Ambil langkah berjaga-jaga lain untuk menghalang sistem yang dipasang pada tripod daripada terjatuh.
-

