Pelbagai fungsi untuk karaoke

Anda boleh menggunakan pelbagai fungsi untuk menyanyi karaoke.

Pemudar Suara

Anda boleh mengurangkan bunyi vokal dalam sumber stereo.

Untuk mengaktifkan fungsi Pemudar Suara

Tekan VOCAL FADER berulang kali untuk memilih [ON V ˎFADER].

Untuk membatalkan fungsi Pemudar Suara

Tekan VOCAL FADER berulang kali untuk memilih [OFF].

Kawalan Nada

Anda boleh mengawal nada bagi lagu yang anda nyanyikan.

Untuk menukar nada lagu

Tekan KEY CONTROL/ untuk menyesuaikan dengan julat vokal anda.

Mod Markah

Anda hanya boleh menggunakan fungsi pemarkahan (Mod markah) apabila mikrofon disambungkan. Markah anda dikira dari skala 0 hingga 99 dengan membandingkan suara anda dengan sumber muzik.

Untuk mendapat markah bagi nyanyian anda

  1. Mula memainkan muzik.

  2. Tekan SCORE sebelum menyanyikan lagu.

  3. Selepas menyanyi lebih daripada satu minit, tekan SCORE sekali lagi untuk melihat markah anda.

Gema Mikrofon

Anda boleh menambah kesan gema kepada suara anda apabila anda menyanyi menggunakan mikrofon.

Untuk menambah kesan gema

Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan kesan gema.