Menggunakan mod main

Bergantung pada cakera atau fail, fungsi mungkin tidak berkesan.

Main dalam susunan berturutan atau susunan rawak (Main Normal/Main Rawak) (untuk CD/DATA CD/USB)

Semasa main balik dihentikan, tekan PLAY MODE berulang kali.

Penunjuk berikut menyala pada paparan.

  • (Tiada): memainkan cakera atau peranti USB.

  • [FLDR]*: memainkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada cakera atau peranti USB.

  • [SHUF]: merawakkan semua fail yang boleh dimainkan pada cakera atau peranti USB.

  • [FLDR SHUF]*: merawakkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada cakera atau peranti USB.

* Tidak boleh dipilih untuk AUDIO CD.

Nota

  • Main Rawak dibatalkan apabila anda:

    • membuka penutup cakera.

    • melakukan Pindah Segerak.

  • Main Rawak boleh dibatalkan apabila anda memilih folder atau runut untuk dimainkan balik.

Bermain berulang kali (Main Ulang) (untuk CD/DATA CD/USB)

Tekan REPEAT/FM MODE berulang kali apabila main balik dihentikan.

Penunjuk berikut menyala pada paparan.

  • : mengulangi semua runut atau fail audio pada folder/cakera/peranti USB.

  • : mengulangi runut atau fail audio.

Nota

  • Main Ulang dibatalkan apabila anda:

    • membuka penutup cakera.

    • melakukan Pindah Segerak.