Memadamkan fail atau folder audio pada peranti USB

Anda boleh memadamkan fail atau folder audio pada peranti USB yang bersambung dengan sistem.

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].
  2. Tekan (sebelumnya) atau (seterusnya) berulang kali untuk memilih fail audio yang anda mahu padamkan.

    Nombor runut muncul pada paparan.

  3. Semasa main balik dihentikan, tekan OPTIONS.

    Menu pilihan muncul pada paparan.

  4. Tekan / berulang kali untuk memilih [ERASE], dan kemudian tekan (masuk).
  5. Nama fail muncul pada paparan, kemudian tekan (masuk).

    [TRACK ERASE] dan [PUSH ENTER] muncul pada paparan.

    Untuk membatalkan operasi padam, tekan (henti).

  6. Tekan (masuk).

    [COMPLETE] muncul pada paparan.

    Jika tiada fail selepas dipadam, [NO MUSIC] muncul pada paparan.

    Untuk keluar dari menu pilihan, tekan OPTIONS.

Untuk memadam folder

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].

  2. Tekan (folder) -/+ berulang kali untuk memilih fail audio yang anda mahu padamkan.

    Nombor runut muncul pada paparan.

  3. Semasa main balik dihentikan, tekan OPTIONS.

    Menu pilihan muncul pada paparan.

  4. Tekan / berulang kali untuk memilih [ERASE], dan kemudian tekan (masuk).

  5. Nama folder muncul pada paparan, kemudian tekan (masuk).

    [FOLDER ERASE] dan [PUSH ENTER] muncul pada paparan.

    Untuk membatalkan operasi padam, tekan (henti).

  6. Tekan (masuk).

    [COMPLETE] muncul pada paparan.

    Jika tiada fail selepas dipadam, [NO MUSIC] muncul pada paparan.

    Untuk keluar dari menu pilihan, tekan OPTIONS.

Nota

  • Anda boleh memadam fail audio yang disokong, fail format MP4, dan fail format 3GP sahaja.

  • Anda tidak boleh memadam fail audio atau folder apabila Main Rawak dipilih. Tetapkan mod main kepada Main Normal sebelum memadam.

  • Jangan tanggalkan peranti USB semasa operasi padam.