Mendengar radio FM
Sebelum mendengar radio FM, anda perlu menyambungkan antena utama (aerial) FM (dibekalkan) kepada terminal FM ANTENNA pada sistem dan menala ke stesen radio FM yang anda mahu dengar.
-
Sambungkan antena utama (aerial) FM kepada terminal FM ANTENNA pada sistem.
Panjangkan antena (aerial) secara mendatar. Jauhkan antena (aerial) dari kord kuasa AC (bahagian utama) dan kabel USB untuk mengelak daripada dipengaruhi hingar.
-
Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [TUNER FM].
-
Tekan dan tahan TUNING -/+ sehingga frekuensi mula berubah pada paparan.
Pengimbasan berhenti secara automatik apabila stesen dapat ditala. [ST] (untuk rancangan stereo FM sahaja) menyala pada paparan.
Petua
-
Untuk mengurangkan hingar statik pada stesen stereo FM yang lemah, tekan REPEAT/FM MODE berulang kali sehingga [ST] hilang daripada paparan. Anda akan kehilangan kesan stereo, tetapi penerimaan akan bertambah baik.

