Apakah yang anda boleh lakukan dengan “Sony | Music Center”

“Sony | Music Center” ialah aplikasi untuk mengawal peranti audio Sony yang serasi dengan “Sony | Music Center” menggunakan telefon pintar anda, dsb.

Untuk butiran lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk URL berikut:

https://www.sony.net/smcqa/

Operasi yang boleh dilakukan pada pembesar suara dengan “Sony | Music Center”

  • Menyediakan fungsi Party Connect

  • Menyediakan fungsi Pasangan Stereo, menukar saluran audio kanan (sebelah kanan) dan kiri (sebelah kiri)

  • Tetapan kualiti bunyi dan pelarasan penyama

  • TetapanPilihan Kuasa (Bunyi Hidup/Mati Kuasa, Tunggu Sedia Automatik, Tunggu Sedia Bluetooth)

  • Hidupkan/matikan ciri untuk mematikan cahaya latar panel sentuh secara automatik

  • Tetapan (Pencahayaan) pencahayaan (menukar Lighting Mode)

  • Penukaran sumber audio untuk main semula antara peranti yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH, peranti yang disambungkan ke penyambung OPTICAL IN (input audio digital optik), peranti yang disambungkan ke jek AUDIO IN dan peranti yang disambungkan ke port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB)

  • Mengaktifkan/menyahaktifkan fungsi TV Sound Booster

  • Melaraskan penyegerakan dengan audio TV

  • Menukar Kualiti Sambungan Bluetooth (Keutamaan pada Kualiti Bunyi/Keutamaan pada Sambungan Stabil)

  • Pengurusan sambungan berbilang titik (sambungan serentak dengan 2 peranti BLUETOOTH)

  • Melihat kemas kini atau versi perisian pembesar suara

  • Operasi termasuk mewujudkan dan memutuskan sambungan dengan peranti BLUETOOTH

  • Menetapkan Pengoptimuman Medan Bunyi

dsb.

Nota

  • Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Sony | Music Center” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

  • Pastikan untuk menggunakan versi terkini “Sony | Music Center”. Jika anda tidak boleh menyambungkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, atau jika terdapat masalah seperti tiada bunyi dikeluarkan, nyahpasang “Sony | Music Center” dan cuba untuk melakukan sambungan melalui BLUETOOTH sekali lagi. Untuk maklumat lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk Google Play (Play Store) atau App Store.

  • Harap maklum bahawa “Sony | Music Center” dan “Music Center for PC” merupakan aplikasi yang berbeza.