Peranti USB tidak dikesan; main balik dari sumber audio gagal; tiada bunyi yang keluar daripada pembesar suara; main balik tidak dimulakan dengan trek pertama

  • Pastikan bahawa pembesar suara berada dalam mod USB.

  • Matikan pembesar suara, cabut dan sambungkan semula peranti USB, dan kemudian hidupkan semula pembesar suara.

  • Peranti USB yang disambungkan tidak serasi dengan pembesar suara. Lihat maklumat mengenai peranti yang serasi.

  • Semak peranti USB untuk format fail. Pembesar suara tidak menyokong peranti USB yang diformatkan dengan mana-mana sistem fail selain daripada FAT16 atau FAT32.*

    * Walaupun pembesar suara menyokong sistem fail FAT16 dan FAT32, sesetengah peranti USB mungkin tidak menyokong sistem fail FAT ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti USB anda atau hubungi pengilang peranti tersebut.

  • Gunakan “Sony | Music Center” untuk menyambung semula mod main balik.

  • Apabila peranti USB yang disambungkan mempunyai ruang simpanan yang terbahagi kepada beberapa bahagian, pembesar suara hanya boleh memainkan fail audio yang disimpan di dalam bahagian pertama.

  • Pembesar suara tidak dapat memainkan mana-mana fail yang disulitkan atau dilindungi oleh kata laluan.

  • Pembesar suara tidak dapat memainkan mana-mana fail yang dilindungi oleh teknologi DRM (Pengurusan Hak Digital).

  • Apabila peranti USB yang disambungkan tidak berfungsi dengan betul, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti USB anda.