Menyambungkan pembesar suara secara serentak dengan 2 peranti BLUETOOTH (sambungan berbilang titik)

Apabila pembesar suara disambungkan secara serentak dengan 2 peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, anda boleh melakukan perkara yang berikut:

  • Menukar sumber main balik muzik antara 2 peranti

    Anda boleh menukar sumber main balik muzik daripada satu peranti ke peranti yang lain tanpa mewujudkan semula sambungan BLUETOOTH.

Menyambungkan pembesar suara secara serentak dengan 2 peranti melalui sambungan BLUETOOTH

  1. Sambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH pertama.
  2. Sambil mengekalkan sambungan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH pertama, sentuh dan tahan (BLUETOOTH) pada pembesar suara selama kira-kira 2 saat.

    Anda akan mendengar panduan suara (Pairing (Berpasangan)) daripada pembesar suara dan penunjuk(BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan).

  3. Kendalikan peranti BLUETOOTH yang kedua untuk mencari pembesar suara.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk mewujudkan sambungan BLUETOOTH.

    Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk (BLUETOOTH) berubah daripada berkelip kepada menyala.

Mengubah peranti BLUETOOTH dalam sambungan berbilang titik

Sambil mengekalkan sambungan pembesar suara dengan 2 peranti dalam sambungan berbilang titik, anda boleh cuba untuk menyambung ke peranti yang lain melalui sambungan BLUETOOTH.

Apabila anda mengendalikan pembesar suara dan peranti ketiga dalam percubaan untuk mewujudkan sambungan BLUETOOTH sambungan BLUETOOTH dengan salah satu daripada 2 peranti yang digunakan untuk main balik muzik dikekalkan dan sambungan BLUETOOTH dengan peranti yang lain diputuskan. Kemudian, sambungan BLUETOOTH diwujudkan antara pembesar suara dengan peranti ketiga.

Main balik muzik apabila pembesar suara disambungkan dengan 2 peranti dalam sambungan berbilang titik

  • Apabila anda mengendalikan pembesar suara untuk memainkan muzik, muzik mula bermain pada salah satu peranti dalam sambungan berbilang titik yang digunakan untuk main balik yang sebelumnya.

  • Untuk memainkan muzik pada peranti yang lain (kedua) dalam sambungan berbilang titik, kendalikan peranti kedua untuk memulakan main balik muzik.

    Bergantung pada keadaan, anda mungkin masih dapat mendengar muzik dimainkan pada peranti yang sama (pertama) selepas anda mengendalikan peranti yang kedua untuk memulakan main balik. Dalam keadaan sedemikian, hentikan main balik pada peranti pertama. Kemudian, anda akan dapat mendengar muzik dimainkan pada peranti yang kedua.

Petua

  • Selagi fungsi BLUETOOTH diaktifkan pada peranti BLUETOOTH yang telah disambungkan dengan pembesar suara sebelum ini, pembesar suara akan disambungkan semula dengan peranti sejurus selepas pembesar suara dihidupkan.

  • Anda boleh melakukan operasi termasuk mewujudkan dan memutuskan sambungan BLUETOOTH dengan menggunakan “Sony | Music Center”.

Nota

  • Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, anda tidak boleh menggunakan keupayaan sambungan berbilang titik.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin tidak dapat menggunakan keupayaan sambungan berbilang titik.

  • Sambungan berbilang titik tidak boleh dinyahdayakan.