Apakah yang anda boleh lakukan dengan “Fiestable”

“Fiestable” merupakan aplikasi untuk mengendalikan peranti audio Sony yang serasi dengan “Fiestable” daripada telefon pintar, dsb.

Kawalan yang tersedia

  • DJ Control

    Anda boleh memasukkan kesan bunyi (Isolator, dsb.) dalam muzik yang dimainkan sekarang.

  • Illumination

    Anda boleh menetapkan fungsi pencahayaan.

  • Motion Control

    Anda boleh melakukan operasi bunyi dengan menggoyangkan telefon pintar.

  • Lain-lain

    Anda boleh menikmati pelbagai ciri termasuk Karaoke, Voice Control, Party Light dan Party Playlist.

Petua

  • Apa yang anda boleh kawal dengan “Fiestable” berbeza-beza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.