Mendengar muzik daripada peranti audio mudah alih, dsb. melalui sambungan berwayar
Anda boleh menggunakan pembesar suara dengan menyambungkan peranti audio mudah alih, dsb., kepada pembesar suara menggunakan kabel audio (tersedia secara komersial).
Nota
- Sebelum mewujudkan sambungan antara pembesar suara dengan peranti audio mudah alih, turunkan kelantangan pembesar suara dan peranti untuk mengelakkan sebarang bunyi kuat yang dikeluarkan secara tiba-tiba daripada pembesar suara.
-
Sambungkan peranti ke jek AUDIO IN dengan kabel audio (tersedia secara komersial).
Untuk sambungan, gunakan kabel audio dengan plag mini stereo (tanpa rintangan)* di kedua-dua hujung.
* Jika anda menggunakan kabel audio (dengan plag mini stereo) yang mempunyai rintangan yang tinggi, bunyi mungkin menjadi lebih perlahan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kabel (dengan plag mini stereo) tanpa rintangan.
-
Hidupkan pembesar suara.
Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan penunjuk (kuasa) menyala dalam warna hijau.
-
Ketik AUDIO IN pada pembesar suara.
-
Hidupkan dan mulakan main balik pada peranti yang disambungkan.
-
Laraskan aras kelantangan peranti yang disambungkan kepada sederhana.
Jika kelantangan diselaraskan oleh operasi pada peranti audio mudah alih yang disambung, penunjuk(kuasa) pada pembesar suara tidak akan berkelip.
-
Ketik –/+ (kelantangan) pada pembesar suara untuk melaraskan kelantangan.
Apabila anda mengetik –/+ (kelantangan) pada pembesar suara untuk melaraskan kelantangan, penunjuk(kuasa) berkelip sekali atau sebanyak 3 kali.
Petua
-
Apabila anda tidak dapat mendengar bunyi, naikkan kelantangan pada peranti yang disambung.
Nota
-
Apabila fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect sedang digunakan, pembesar suara tidak mampu mengeluarkan muzik yang dimainkan pada peranti yang disambungkan ke jek AUDIO IN menggunakan kabel audio.
-
Semasa peranti audio mudah alih disambungkan ke jek AUDIO IN dan main balik muzik sedang dijalankan, operasi pada pembesar suara, sebagai contoh, untuk menjeda, untuk melangkau ke permulaan trek yang seterusnya, dan untuk melangkau ke permulaan trek semasa dilumpuhkan.
-
Port, penyambung, dan jek pada pembesar suara tidak direka untuk kalis air. Jangan gunakan Pembesar suara di tempat pembesar suara berkemungkinan terkena percikan air. Apabila anda selesai menggunakan pembesar suara, pastikan tutup penutup tersebut dengan rapat.