Menggunakan tali bahu
Anda disarankan untuk memasang tali bahu yang disediakan pada pembesar suara terlebih dahulu dan membawa pembesar suara menggunakan tali tersebut.
Memasang tali bahu
-
Cangkukkan jari anda pada tab penutup penyimpanan pada pembesar suara dan angkat ke atas.
-
Putarkan penutup penyimpanan di sebelah kiri mengikut arah jam seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Sambil mencubit dan mengangkat gelung penyambung dengan jari anda, tekan penutup penyimpanan ke bawah.
-
Putarkan penutup penyimpanan di sebelah kanan mengikut arah lawan jam seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Sambil mencubit dan mengangkat gelung penyambung dengan jari anda, tekan penutup penyimpanan ke bawah.
-
Masukkan cangkuk tali bahu melalui gelung penyambung di sebelah kiri dan kanan.
Menanggalkan tali bahu
-
Tanggalkan cangkuk tali bahu daripada gelung penyambung pada pembesar suara.
Untuk memudahkan penanggalan cangkuk, cubit dan angkat gelung penyambung dengan jari anda, kemudian condongkan cangkuk tersebut.
-
Cangkukkan jari anda pada tab penutup penyimpanan pada sebelah kiri dan angkat ke atas. Putar penutup penyimpanan mengikut arah lawan jam seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi dan tekan ke bawah.
-
Cangkukkan jari anda pada tab penutup penyimpanan pada sebelah kanan dan angkat ke atas. Putar penutup penyimpanan mengikut arah jam seperti ditunjukkan dalam ilustrasi dan tekan ke bawah.
Nota
-
Jangan gunakan tali lain selain daripada tali bahu yang disediakan.
-
Apabila menggunakan tali bahu, ambil perhatian perkara berikut:
-
Berhati-hati, kerana tali bahu boleh tersangkut pada objek di sekeliling dan menjerut leher anda.
-
Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat.
-
Untuk mengelakkan pembesar suara daripada terjatuh secara tidak sengaja, pakai tali bahu secara menyerong melintasi badan anda semasa membawa pembesar suara.
-
Jika cangkuk pada tali bahu tidak dipasang sepenuhnya melalui gelung penyambung, pembesar suara mungkin terlepas dan menyebabkan terjatuh.
-