Menggunakan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH (kuasa dihidupkan secara automatik)

Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan, pembesar suara dihidupkan secara automatik dengan mengoperasikan peranti BLUETOOTH, dan memulakan sambungan BLUETOOTH.

Semasa pembelian, fungsi tunggu sedia BLUETOOTH dinyahaktifkan.

Sebelum menggunakan pembesar suara, sila ambil perhatian mengenai perkara berikut:

  • Fungsi tunggu sedia BLUETOOTH hanya diaktifkan semasa pembesar suara disambungkan ke soket AC menggunakan penyesuai AC yang serasi dengan USB PD. Semasa pembesar suara beroperasi hanya dengan menggunakan kuasa daripada bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, fungsi tunggu sedia BLUETOOTH dinyahaktifkan.

  • Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan, penunjuk (kuasa) menyala dalam warna jingga semasa pembesar suara dimatikan.

  • Pasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH terlebih dahulu. Jika maklumat berpasangan tidak disimpan dalam pembesar suara, seperti apabila pembesar suara digunakan untuk kali pertama selepas pembelian, pembesar suara tidak akan memasuki mod tunggu sedia BLUETOOTH.

  1. Hidupkan pembesar suara.

    Anda mendengar bunyi pemberitahuan melalui pembesar suara dan penunjuk (kuasa) pada pembesar suara menyala dalam warna putih.

  2. Mulakan aplikasi “Sony | Sound Connect” pada telefon pintar anda.
  3. Dayakan [Bluetooth Standby].

Untuk menyahaktifkan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH

Dalam langkah 3 di atas, matikan [Bluetooth Standby].