Codec yang disokong

Codec ialah algoritma pengekodan audio yang digunakan untuk menghantar audio secara tanpa wayar melalui sambungan BLUETOOTH.

Pembesar suara menyokong 3 codec yang berikut untuk main balik muzik melalui sambungan A2DP: SBC, AAC dan LDAC™.

  • SBC

    Ini ialah singkatan untuk Subband Codec.

    SBC ialah teknologi pengekodan audio standard yang digunakan oleh peranti BLUETOOTH.

  • AAC

    Ini ialah singkatan untuk Advanced Audio Coding.

    AAC terutamanya digunakan oleh produk Apple seperti iPhone yang dapat menyediakan kualiti bunyi yang lebih tinggi daripada SBC.

  • LDAC

    LDAC ialah teknologi pengekodan audio yang dibangunkan oleh Sony yang membolehkan penghantaran kandungan High-Resolution (Hi-Res) Audio, walaupun melalui sambungan BLUETOOTH.

    Berbeza dengan teknologi pengekodan serasi BLUETOOTH yang lain seperti SBC, teknologi ini beroperasi tanpa penukaran turun kandungan High-Resolution Audio*1.

    Teknologi ini membolehkan kira-kira 3 kali lebih banyak data*2 berbanding teknologi lain untuk dihantar melalui rangkaian tanpa wayar BLUETOOTH dengan kualiti bunyi yang tiada tandingan, menggunakan pengekodan yang efisien dan paket yang dioptimumkan.

    *1 Tidak termasuk kandungan format DSD.

    *2 Berbanding dengan SBC apabila kadar bit 990 kbps (96/48 kHz) atau 909 kbps (88.2/44.1 kHz) dipilih.

Apabila muzik dalam salah satu codec di atas dihantar dari peranti yang disambungkan, pembesar suara secara automatik beralih ke codec tersebut dan memainkan muzik tersebut.

Jika peranti yang disambungkan menyokong codec dengan kualiti bunyi yang lebih tinggi daripada SBC, anda mungkin perlu menetapkan peranti tersebut terlebih dahulu untuk menikmati muzik dengan codec yang diingini daripada codec yang disokong.

Rujuk kepada arahan operasi yang disertakan dengan peranti tentang penetapan codec.