Makluman tentang pengecasan

Jangka hayat bateri ion litium terbina dalam

  • Walaupun anda tidak bermaksud menggunakan pembesar suara untuk jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasinya.

  • Pengecasan bateri terbina dalam mungkin akan masa yang lebih panjang sekiranya pembesar suara tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

  • Bateri terbina dalam yang boleh dicas semula mempunyai jangka hayat. Dari semasa ke semasa dan bergantung pada kekerapan penggunaan bateri, kapasiti bateri terbina dalam yang boleh dicas semula akan mula menurun secara perlahan-lahan. Apabila masa penggunaan bateri terbina kelihatan lebih pendek dengan sangat ketara, walaupun telah dicas sepenuhnya, hubungi sokongan Sony atau pengedar Sony terdekat anda.

  • Apabila jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, ia mungkin disebabkan kerana bateri terbina dalam yang boleh dicas semula tersebut telah luput.

  • Jangka hayat bateri terbina dalam yang boleh dicas semula berbeza bergantung pada penggunaan, persekitaran, dan cara penyimpanan.

Perhatian

Apabila pembesar suara mengesan masalah pada suhu dalaman atau bateri terbina dalam yang boleh cas semula, penunjuk (kuasa) pada pembesar suara akan mula berkelip (jingga) sebanyak dua kali berturut-turut.

Jika masalah dikesan, cabut kabel USB, tunggu seketika, kemudian hidupkan semula pembesar suara (dengan menekan dan menahan butang (kuasa) pada pembesar suara selama kira-kira 10 saat). Jika masalah berterusan, hubungi sokongan Sony atau pengedar Sony terdekat anda.

Nota

  • Masa pengecasan adalah berbeza bergantung pada keadaan penggunaan bateri terbina dalam.

  • Cas pembesar suara pada suhu persekitaran antara 5 °C dan 35 °C (41 °F dan 95 °F). Perlu diingat bahawa suhu bilik mungkin turun ke 5 °C (41 °F) atau lebih rendah bergantung pada musim, terutamanya pada musim sejuk.

  • Pembesar suara menjadi panas semasa dicas. Ini bukan kerosakan.

  • Elakkan terdedah kepada perubahan suhu yang mendadak, cahaya matahari terus, kabut, pasir, habuk, atau kejutan mekanikal. Juga, jangan meninggalkan pembesar suara di dalam kereta yang berada di bawah cahaya matahari.

  • Selagi pembesar suara disambungkan ke soket AC melalui penyesuai AC yang serasi dengan USB PD, bateri terbina dalam pembesar suara boleh mengecas sendiri walaupun pembesar suara dalam keadaan hidup. Walau bagaimanapun, pengecasan mungkin mengambil masa yang lama untuk selesai, bergantung pada penggunaan pembesar suara. Sebaiknya, matikan pembesar suara terlebih dahulu sebelum mengecas bateri.

  • Dalam persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, pengecasan akan berhenti atas sebab-sebab keselamatan. Pengecasan pembesar suara juga akan berhenti sekiranya pengecasan mengambil masa yang lama. Untuk menyelesaikan isu ini, cabut kabel USB daripada pembesar suara dan sambungkan semula pada suhu pengecasan bateri di antara 5 °C dan 35 °C (41 °F dan 95 °F).

  • Jika bateri terbina dikenakan beban yang tinggi semasa pengecasan, pengecasan akan dihentikan atas sebab keselamatan. Dalam keadaan sebegini, kurangkan kelantangan atau hentikan main balik.

  • Jika anda sedang memainkan muzik semasa pembesar suara dicas atau di lokasi dengan suhu persekitaran yang tinggi, kelantangan mungkin diselaraskan secara automatik untuk tujuan keselamatan.

  • Pengecasan dari hab USB hanya dijamin apabila anda menggunakan hab USB yang mempunyai kuasa sendiri dan mempunyai logo yang dibenarkan.