Mendengar muzik daripada peranti melalui sambungan BLUETOOTH
Anda boleh menikmati dan mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH dan mengendalikan peranti menggunakan pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH sekiranya peranti tersebut menyokong profil BLUETOOTH yang berikut.
A2DP (Advanced Audio Distribution Profile)
Membolehkan anda menikmati kandungan audio berkualiti tinggi secara wayarles.
AVRCP (Audio Video Remote Control Profile)
Membolehkan anda melaraskan kelantangan dan mengoperasi untuk memainkan, menjeda atau melangkau ke permulaan trek seterusnya/yang sedang dimainkan.
Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Juga, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti BLUETOOTH.
Nota
-
Pastikan dahulu bahawa kelantangan peranti BLUETOOTH dan pembesar suara ditetapkan pada tahap yang sederhana untuk mengelakkan pembesar suara mengeluarkan apa-apa bunyi yang kuat secara tiba-tiba.
Bergantung pada peranti BLUETOOTH, pelarasan kelantangan pembesar suara mungkin tidak dapat dilakukan pada peranti BLUETOOTH apabila main balik pada peranti diberhentikan/dijeda.
-
Sambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH.
Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara berubah daripada berkelip kepada menyala.
-
Jika pembesar suara berada dalam mana-mana mod selain daripada mod BLUETOOTH untuk pemilihan sumber audio, ketik
(BLUETOOTH) pada pembesar suara.Nota
-
Walaupun selepas sambungan diwujudkan dengan peranti BLUETOOTH, audio daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan tidak akan keluar daripada pembesar suara melainkan pembesar suara berada dalam mod BLUETOOTH.
-
-
Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.
-
Laraskan kelantangan dengan mengetik –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau mengendalikan peranti BLUETOOTH.
Apabila anda mengetik –/+ (kelantangan) pada pembesar suara, penunjuk
(kuasa) pada pembesar suara dan lampu pada pemegang akan berkelip sekali atau 3 kali dalam warna putih. Penunjuk
(kuasa) pada pembesar suara juga berkelip apabila anda melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH.Sentuh dan tahan –/+ (kelantangan) pada pembesar suara untuk pelarasan pantas.
Semasa main balik, anda boleh menggunakan
(main) pada pembesar suara untuk melakukan operasi berikut.Menjeda
Ketik
(main) pada pembesar suara semasa main semula untuk menjeda. Ketik sekali lagi untuk membatalkan jeda.Melangkau ke permulaan trek yang seterusnya
Ketik
(main) pada pembesar suara sebanyak dua kali dengan cepat semasa main semula.Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya*
Ketik
(main) pada pembesar suara sebanyak 3 kali dengan cepat semasa main semula.* Operasi berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH yang digunakan.
Petua
-
Selagi pembesar suara disambungkan ke salur keluar AC melalui kord kuasa AC yang dibekalkan, bateri terbina dalam pembesar suara mampu mengecas sendiri walaupun semasa main balik muzik daripada pembesar suara sedang dijalankan. Bergantung pada penggunaan pembesar suara, pengecasan mungkin akan mengambil masa yang lama. Apabila anda ingin menggunakan pembesar suara semasa mengecas bateri, turunkan kelantangan pembesar suara, atau matikan pembesar suara dan biarkan bateri mengecas sendiri sepenuhnya sebelum menggunakan pembesar suara.
-
Pembesar suara menyokong perlindungan kandungan dengan kaedah SCMS-T. Anda boleh mendengar muzik (atau audio) daripada telefon pintar atau telefon mudah alih, yang menyokong kaedah SCMS-T, melalui pembesar suara.
-
Apabila anda menetapkan kelantangan pembesar suara pada tahap maksimum atau minimum, penunjuk
(kuasa) berkelip 3 kali. -
Setiap kali anda mengetik –/+ (kelantangan) pada pembesar suara, bilangan lampu pada pemegang yang menyala akan berubah.
-
Menyentuh dan menahan
(main) pada pembesar suara selama lebih kurang 5 saat menjadikan pembesar suara memainkan trek muzik yang disimpan bagi tujuan demonstrasi. Untuk mematikan ciri ini, ketik
(main) pada pembesar suara sekali lagi.
Nota
-
Jika keadaan komunikasi lemah, peranti BLUETOOTH mungkin bertindak balas dengan salah terhadap operasi pada pembesar suara.
-
Apabila menggunakan pembesar suara di tempat yang bersuhu tinggi, kelantangan mungkin berkurangan untuk melindungi bateri terbina dalam.
-
Apabila bateri terbina dalam hampir habis, kelantangan pembesar suara maksimum mungkin berkurangan.
-
Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin perlu melaraskan kelantangan atau menetapkan tetapan output audio pada peranti yang disambung.
-
Bergantung pada peranti BLUETOOTH yang anda gunakan, penunjuk
(kuasa) pada pembesar suara mungkin tidak berkelip walaupun anda melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH. -
Bunyi bising atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambung ke pembesar suara, persekitaran komunikasi atau persekitaran penggunaan.