Makluman tentang pengecasan

Jangka hayat bateri ion litium terbina dalam

  • Walaupun anda tidak bermaksud untuk menggunakan pembesar suara dalam jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasi bateri.

  • Pengecasan bateri terbina dalam mungkin akan masa yang lebih panjang sekiranya pembesar suara tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

  • Bateri terbina dalam yang boleh dicas semula mempunyai jangka hayat. Dari semasa ke semasa dan bergantung pada kekerapan penggunaan bateri, kapasiti bateri terbina dalam yang boleh dicas semula akan mula menurun secara perlahan-lahan. Jika jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, walaupun ia telah dicas sepenuhnya, sila hubungi sokongan Sony atau pengedar Sony yang terdekat.

  • Apabila jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, ia mungkin disebabkan kerana bateri terbina dalam yang boleh dicas semula tersebut telah luput.

  • Jangka hayat bateri terbina dalam yang boleh dicas semula berbeza bergantung pada penggunaan, persekitaran, dan cara penyimpanan.

Perhatian

Apabila pembesar suara mengesan ketaknormalan pada suhu dalaman atau pada bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, penunjuk (kuasa) (jingga) pada pembesar suara akan mula berkelip sebanyak dua kali.

Jika ketaknormalan dikesan, matikan pembesar suara, cabut kord kuasa AC, tunggu seketika, dan kemudian mulakan semula pembesar suara (dengan menekan dan menahan butang (kuasa) pada pembesar suara selama kira-kira 10 saat). Jika masalah berterusan, sila hubungi sokongan Sony atau pengedar Sony yang terdekat.

Nota

  • Masa pengecasan adalah berbeza bergantung pada keadaan penggunaan bateri terbina dalam.

  • Cas pembesar suara dengan suhu sekitar antara 5 °C hingga 35 °C (41 °F hingga 95 °F). Harap maklum bahawa suhu bilik mungkin jatuh ke 5 °C (41 °F) atau lebih rendah bergantung pada musim, sebagai contoh, terutamanya pada musim sejuk.

  • Pembesar suara menjadi panas semasa dicas. Ini bukan kerosakan.

  • Elakkan terdedah kepada perubahan suhu yang mendadak, cahaya matahari terus, kabut, pasir, habuk, atau kejutan mekanikal. Juga, jangan meninggalkan pembesar suara di dalam kereta yang berada di bawah cahaya matahari.

  • Selagi pembesar suara disambungkan kepada alur keluar AC menggunakan kord kuasa AC yang dibekalkan, bateri terbina dalam pembesar suara boleh mengecas dengan sendiri walaupun ketika pembesar suara dihidupkan. Walau bagaimanapun, pengecasan mungkin mengambil masa yang lama untuk selesai, bergantung pada penggunaan pembesar suara. Sebaiknya, matikan pembesar suara terlebih dahulu sebelum mengecas bateri.

  • Dalam persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, pengecasan akan berhenti atas sebab-sebab keselamatan. Pengecasan pembesar suara juga akan berhenti sekiranya pengecasan mengambil masa yang lama. Untuk menyelesaikan isu ini, cabut kord kuasa AC daripada pembesar suara dan sambungkan kord semula pada suhu operasi antara 5 °C hingga 35 °C (41 °F hingga 95 °F).

  • Jika bateri terbina dalam mengalami beban tinggi semasa pengecasan, pengecasan akan dihentikan sebagai langkah keselamatan. Dalam keadaan sebegini, turunkan kelantangan atau hentikan main balik.

  • Jika anda memainkan muzik semasa pembesar suara dicas atau berada di tempat yang panas, kelantangan mungkin akan diselaraskan secara automatik untuk tujuan keselamatan.