Fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik (penjimatan kuasa)

Jika mana-mana syarat yang berikut berterusan selama kira-kira 15 minit, pembesar suara akan dimatikan secara automatik untuk menjimatkan kuasa bateri terbina dalam yang boleh dicas semula.

Semasa pembelian, fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik ditetapkan kepada hidup.

Apabila pembesar suara dalam mod BLUETOOTH

  • Tiada operasi pada pembesar suara.

  • Peranti BLUETOOTH yang disambungkan tidak memainkan muzik (audio) atau dikendalikan.

Apabila pembesar suara dalam mod AUDIO IN

  • Tiada operasi pada pembesar suara.

  • Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti audio yang disambungkan kepada jek AUDIO IN pada pembesar suara atau muzik (bunyi) peranti audio yang disambungkan kepada jek AUDIO IN pada pembesar suara adalah sangat perlahan.

Apabila pembesar suara dalam mod USB

  • Tiada operasi pada pembesar suara.

  • Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti USB disambungkan ke port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) pada pembesar suara.

Apabila pembesar suara dalam mod OPTICAL IN

  • Tiada operasi pada pembesar suara.

  • Peranti yang disambungkan kepada penyambung OPTICAL IN (input audio digital optik) pada pembesar suara telah dimatikan.

Petua

  • Anda boleh menghidupkan atau mematikan fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik dengan menggunakan aplikasi “Sony | Sound Connect”.

Nota

  • Melumpuhkan fungsi ini akan meningkatkan penggunaan kuasa kerana produk tidak akan dimatikan secara automatik apabila tidak digunakan.

  • Semasa mikrofon atau gitar disambungkan kepada pembesar suara, fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik dimatikan.

  • Semasa pembesar suara membekalkan kuasa kepada peranti lain, fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik dimatikan.

Menghidupkan/mematikan fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik

  1. Hidupkan pembesar suara.
  2. Sentuh dan tahan(main) dan – (kelantangan) pada pembesar suara secara serentak lebih kurang 5 saat.
    • Apabila fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik dimatikan, penunjuk(kuasa) pada pembesar suara akan berkelip sebanyak 3 kali dalam warna jingga.

    • Apabila fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik dihidupkan, penunjuk(kuasa) pada pembesar suara akan berkelip sebanyak dua kali dalam warna jingga.