Mendengar muzik secara wayarles dengan 2 pembesar suara (fungsi Pasangan Stereo)
Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo, 2 pembesar suara ULT TOWER 9 diperlukan. Dengan menyambungkan 2 pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH, anda boleh menikmati bunyi yang lebih berkuasa.
Satu pembesar suara yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH memainkan bunyi pada saluran kiri (bahagian kiri), dan pembesar suara lain yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH yang lain memainkan bunyi pada saluran kanan (bahagian kanan) untuk menyediakan main balik stereo.
Sebelum mengoperasikan pembesar suara, pastikan perkara berikut:
-
Kemas kini perisian prapasang kepada versi terkini pada setiap pembesar suara untuk menyambung bagi fungsi tersebut.
-
Apabila menyediakan pembesar suara untuk fungsi Pasangan Stereo, pastikan 2 pembesar suara untuk disambungkan bagi fungsi tersebut terletak dalam 1 m (3.2 kaki) antara satu sama lain. Hentikan main balik muzik jika ia sedang dimainkan.
-
Apabila memainkan muzik, pastikan semua peranti untuk disambungkan bagi fungsi tersebut terletak dalam 30 m (98.4 kaki) dalam jarak penglihatan anda.
Julat komunikasi maksimum mungkin menjadi lebih pendek dalam keadaan berikut.
- Terdapat halangan seperti orang, logam atau dinding antara pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH.
- Peranti LAN wayarles sedang digunakan berdekatan dengan pembesar suara.
- Ketuhar gelombang mikro sedang digunakan berdekatan dengan pembesar suara.
- Peranti yang menghasilkan radiasi elektromagnet sedang digunakan berdekatan dengan pembesar suara.
-
Hidupkan kedua-dua pembesar suara.
Penunjuk
(kuasa) pada pembesar suara menyala.Penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara berkelip perlahan-lahan.Jika peranti BLUETOOTH yang pernah disambungkan sebelum ini berada berdekatan, pembesar suara mungkin akan disambungkan secara automatik ke peranti tersebut, dan penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara mungkin akan menyala. Dalam keadaan ini, matikan fungsi BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH atau matikan peranti BLUETOOTH.
Apabila pembesar suara tidak mempunyai maklumat berpasangan, contohnya apabila anda menggunakan fungsi BLUETOOTH untuk kali pertama selepas pembelian, penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara akan terus berkelip dua kali dalam warna biru. -
Pada salah satu pembesar suara, ketik STEREO PAIR pada pembesar suara tersebut.
Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan dan penunjuk
(BLUETOOTH) dan penunjuk STEREO PAIR pada pembesar suara berkelip perlahan-lahan. Dalam masa kira-kira 5 saat, anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara sekali lagi dan penunjuk STEREO PAIR pada pembesar suara akan berhenti berkelip dan kekal menyala.
-
Pada pembesar suara yang satu lagi, ketik STEREO PAIR pada pembesar suara.
Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan dan penunjuk
(BLUETOOTH) dan penunjuk STEREO PAIR pada pembesar suara berkelip perlahan-lahan.
-
Periksa status penunjuk pada setiap 2 pembesar suara.
Apabila pembesar suara disambungkan menggunakan fungsi Pasangan Stereo, anda akan mendengar panduan suara (Left/Right (Kiri/Kanan)) daripada pembesar suara, kemudian penunjuk STEREO PAIR pada kedua-dua pembesar suara akan menyala dan penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara kedua akan terpadam.
Petua
-
Apabila 2 pembesar suara disambungkan dengan segera melalui fungsi Pasangan Stereo, penunjuk
(BLUETOOTH) dan penunjuk STEREO PAIR mungkin tidak berkelip, dan sebaliknya penunjuk STEREO PAIR mungkin akan menyala. -
Sediakan pembesar suara kedua dalam masa 1 minit. Jika anda tidak menyelesaikan persediaan dalam masa 1 minit, tetapan pada pembesar suara pertama akan dibatalkan.
-
-
Kendalikan pembesar suara yang penunjuk
(BLUETOOTH) sedang berkelip untuk mewujudkan sambungan BLUETOOTH dengan peranti BLUETOOTH.Apabila sambungan BLUETOOTH tersebut diwujudkan, anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara berubah daripada berkelip kepada menyala.
-
Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH dan laraskan kelantangan ke tahap yang sesuai.
-
Ketik –/+ (kelantangan) pada salah satu pembesar suara untuk melaraskan kelantangan.
Pelarasan kelantangan pada satu pembesar suara akan dipaparkan pada pembesar suara yang lain.
Untuk main balik stereo, pembesar suara dengan penunjuk
(BLUETOOTH) yang menyala ditetapkan kepada saluran kiri (bahagian kiri).
Untuk menamatkan fungsi Pasangan Stereo
Pada salah satu pembesar suara, ketik STEREO PAIR pada pembesar suara tersebut.
Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan dan penunjuk STEREO PAIR pada pembesar suara dimatikan.
Petua
-
Jika ada peranti BLUETOOTH lain, seperti tetikus BLUETOOTH atau papan kekunci BLUETOOTH, disambungkan kepada peranti BLUETOOTH yang disambungkan kepada pembesar suara, mungkin akan berlaku gangguan bunyi atau hingar dalam output pembesar suara. Dalam hal ini, tamatkan sambungan BLUETOOTH antara peranti BLUETOOTH dengan peranti BLUETOOTH lain.
-
Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo, codec bertukar secara automatik kepada SBC.
-
Mematikan pembesar suara tidak akan mematikan fungsi Pasangan Stereo. Apabila salah satu daripada pembesar suara dihidupkan semula, ia akan cuba mewujudkan sambungan untuk fungsi Pasangan Stereo. Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo, hidupkan pembesar suara yang lain dalam masa 1 minit. Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH masih aktif* pada kedua-dua pembesar suara, walau bagaimanapun, tindakan menghidupkan salah satu pembesar suara akan menghidupkan pembesar suara yang lain secara automatik dan mewujudkan sambungan untuk fungsi Pasangan Stereo antara pembesar suara tersebut.
* Fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan hanya semasa pembesar suara disambungkan ke salur keluar AC oleh kord kuasa AC yang dibekalkan.
Nota
-
Selepas anda mulakan semula atau menetapkan semula salah satu pembesar suara semasa fungsi Pasangan Stereo diaktifkan, pastikan anda ketik STEREO PAIR pada pembesar suara yang satu lagi untuk menamatkan fungsi Pasangan Stereo. Jika anda terus menggunakan pembesar suara tanpa menamatkan fungsi Pasangan Stereo, anda akan menghadapi masalah seperti kegagalan untuk menetapkan sambungan BLUETOOTH atau gangguan bunyi.
-
Semasa fungsi Pasangan Stereo diaktifkan, sebarang percubaan dari peranti BLUETOOTH yang disambungkan untuk memulakan pembesar suara kedua akan gagal.