Mengecas peranti USB seperti telefon pintar atau iPhone
Anda boleh mengecas peranti USB, seperti telefon pintar atau iPhone, dengan menyambungkan peranti kepada pembesar suara melalui USB. Walaupun pembesar suara tidak disambungkan ke alur keluar AC, bateri terbina dalam pembesar suara boleh membekalkan kuasa kepada peranti USB.
-
Sambungkan peranti USB, seperti telefon pintar atau iPhone kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) pada pembesar suara menggunakan kabel USB (tersedia secara komersial).
-
Hidupkan pembesar suara.
Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara, penunjuk
(kuasa) pada pembesar suara menyala dalam warna putih dan pembesar suara mula membekalkan kuasa kepada peranti USB yang disambungkan untuk mengecas bateri.
Nota
-
Semasa pembesar suara membekalkan kuasa kepada peranti lain, fungsi Matikan Kuasa Secara Automatik dimatikan.
-
Mematikan pembesar suara akan menghentikan bekalan kuasa kepada peranti USB yang disambungkan.
-
Apabila panduan suara menyatakan “Low Battery” (Bateri Rendah) dan penunjuk CHARGE mula berkelip perlahan-lahan, ini bermakna bateri terbina dalam hampir habis dan perlu dicas. Semasa dalam keadaan ini, pembesar suara tidak boleh membekalkan kuasa kepada peranti lain dan mungkin mati secara automatik.
-
Jangan mengecas bateri terbina dalam pembesar suara di tempat air mungkin terpercik pada pembesar suara. Kord kuasa AC yang dibekalkan serta jek dan port (USB, AUDIO IN, OPTICAL IN, MIC, GUITAR) di belakang penutup bukanlah bersifat kalis air.
-
Selepas anda mencabut kabel USB dari pembesar suara, pastikan penutup ditutup dengan selamat. Penutup memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan prestasi kalis air.