Mengecas peranti USB seperti telefon pintar atau iPhone
Anda boleh mengecas peranti USB, seperti telefon pintar atau iPhone, dengan menyambungkannya kepada pembesar suara melalui USB. Walaupun pembesar suara tidak disambungkan kepada outlet AC, bateri terbina dalamnya boleh membekalkan kuasa kepada peranti USB.
-
Sambungkan peranti USB, seperti telefon pintar atau iPhone, kepada port PLAY/CHARGE (USB1) atau port CHARGE (USB2) menggunakan kabel USB (tersedia secara komersial).
-
Hidupkan pembesar suara.
Penunjuk
(kuasa) menyala dalam warna hijau dan pembesar suara mula membekalkan kuasa kepada peranti USB yang disambung untuk mengecas bateri.
Tentang arus suapan
Arus suapan diselaraskan kepada salah satu daripada 3 arus (1.5 A/1 A/0.5 A) mengikut bilangan peranti USB yang disambungkan dan kelantangan bunyi pembesar suara.
Walaupun peranti USB disambungkan secara serentak kepada port USB1 dan USB2, namun, jumlah keseluruhan arus suapan untuk port 2 dihadkan kepada maksimum 2 A.
Nota
-
Semasa pembesar suara membekalkan kuasa kepada peranti lain, fungsi Auto Standby dimatikan.
-
Semasa pembesar suara berfungsi hanya dengan menggunakan kuasa daripada bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, bekalan kuasa ke peranti USB yang disambung akan berhenti sekiranya pembesar suara dimatikan.
-
Jangan mengecas bateri terbina dalam pembesar suara di tempat di mana air mungkin terpercik pada pembesar suara. Penyesuai AC dan kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan serta jek dan port (DC IN/USB/AUDIO IN/MIC/GUITAR) di belakang penutup bukanlah bersifat kalis air mahupun kalis habuk.
-
Pastikan anda menutup penutup dengan kemas setelah anda mencabut kabel USB daripada pembesar suara selepas selesai mengecas bateri. Penutup memainkan peranan yang sangat penting dalam penyelenggaraan prestasi kalis air dan kalis habuk.