Mendengar muzik pada peranti USB
Pembesar suara menyokong format fail audio yang berikut.
-
MP3: sambungan fail [.mp3]
-
WMA: sambungan fail [.wma]
-
WAV: sambungan fail [.wav]
-
Sambungkan peranti USB ke port PLAY/CHARGE (USB1).
-
Tekan butang
(main) untuk memulakan main balik.Anda boleh menggunakan “Sony | Music Center” untuk operasi main balik atau untuk memilih muzik dengan mudah daripada senarai muzik pada peranti USB.
Dengan butang pada pembesar suara, anda boleh melaksanakan operasi berikut.
-
Menjeda main balik
Semasa main balik sedang berjalan, tekan butang
(main). Untuk memulakan semula main balik, tekan butang ini sekali lagi. -
Melangkau ke trek seterusnya
Semasa main balik sedang berjalan, tekan butang
(main) dua kali dengan cepat. -
Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya
Semasa main balik sedang berjalan, tekan butang
(main) 3 kali dengan cepat.
-
-
Tekan butang -/+ (kelantangan) untuk melaraskan kelantangan.
Nota
-
Pembesar suara tidak dapat memainkan fail audio pada peranti USB dalam keadaan berikut:
-
Jumlah bilangan fail audio pada peranti USB yang tersambung melebihi 2 000.
-
Bilangan folder pada peranti USB yang tersambung melebihi 300, termasuk folder “ROOT” dan folder kosong.
Jumlah di atas berbeza-beza bergantung pada struktur fail dan folder. Pada peranti USB yang mengandungi fail audio, jangan menyimpan fail yang berbeza jenis atau folder yang tidak diperlukan.
-
-
Pembesar suara boleh memainkan fail audio yang terdapat dalam subfolder, dari subfolder pertama hingga subfolder aras ke-8.
-
Folder yang tidak mengandungi fail audio akan dilangkau semasa main balik.
-
Jika kandungan sebenar fail dan sambungan fail yang disokong bukanlah seperti yang sepatutnya, memainkan fail tersebut boleh menyebabkan pembesar suara mengeluarkan bunyi atau menjadi rosak.
-
Apabila peranti USB disambungkan kepada port PLAY/CHARGE (USB1), keutamaan akan diberikan kepada audio yang dikeluarkan melalui port USB serta audio yang dikeluarkan daripada peranti BLUETOOTH dan peranti yang bersambung dengan jek AUDIO IN akan dinyahdayakan. Bergantung pada keadaan sambungan BLUETOOTH, penunjuk
(BLUETOOTH) pada pembesar suara menyala atau berkelip dalam warna biru. Walau bagaimanapun, ini bukanlah menunjukkan adanya kerosakan. -
Semasa pembesar suara bersambung dengan peranti USB, anda masih boleh mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH atau daripada peranti yang disambungkan kepada jek AUDIO IN dengan memilih, contohnya, [My Library] di “Sony | Music Center”.