Fungsi Auto Standby
Jika pembesar suara memenuhi syarat berikut selama kira-kira 15 minit, ia akan dimatikan secara automatik.
Semasa pembelian, fungsi Auto Standby ditetapkan kepada hidup.
Apabila pembesar suara berada dalam mod BLUETOOTH
-
Tiada operasi pada pembesar suara.
-
Peranti BLUETOOTH yang disambungkan tidak memainkan muzik (audio), dan juga tidak berfungsi.
Apabila pembesar suara berada dalam mod AUDIO IN
-
Tiada operasi pada pembesar suara.
-
Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti audio yang disambungkan kepada jek AUDIO IN atau muzik (bunyi) peranti audio yang disambungkan kepada jek AUDIO IN adalah terlalu perlahan.
Apabila pembesar suara berada dalam mod USB
-
Tiada operasi pada pembesar suara.
-
Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti USB yang disambungkan kepada port PLAY/CHARGE (USB1) atau muzik (bunyi) peranti USB yang disambungkan kepada port PLAY/CHARGE (USB1) adalah terlalu perlahan.
Petua
-
Anda boleh menghidupkan atau mematikan fungsi Auto Standby dengan menggunakan “Sony | Music Center”.
Nota
-
Semasa mikrofon atau gitar disambungkan kepada pembesar suara, fungsi Auto Standby dimatikan.
-
Semasa pembesar suara membekalkan kuasa kepada peranti lain, fungsi Auto Standby dimatikan.