Mendengar muzik dari peranti melalui sambungan BLUETOOTH
Anda boleh menikmati muzik daripada peranti BLUETOOTH dan mengendalikannya dengan pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH jika ia menyokong profil BLUETOOTH yang berikut.
A2DP (Advanced Audio Distribution Profile)
Membolehkan anda menikmati kandungan audio berkualiti tinggi secara wayarles.
AVRCP (Audio Video Remote Control Profile)
Membolehkan anda melaraskan kelantangan dan mengoperasi untuk memainkan, menjeda atau melangkau ke permulaan trek seterusnya/yang sedang dimainkan.
Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Juga, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti BLUETOOTH.
Nota
-
Terlebih dahulu, pastikan kelantangan pada peranti BLUETOOTH dan pembesar suara ditetapkan ke aras sederhana bagi mengelakkan bunyi kuat yang dikeluarkan secara tiba-tiba daripada pembesar suara.
Bergantung pada peranti BLUETOOTH kelantangan pembesar suara tidak boleh dilaraskan pada peranti BLUETOOTH ketika main balik pada peranti dihentikan/dijeda.
-
Apabila peranti USB atau kabel audio disambungkan kepada port PLAY/CHARGE (USB1) atau kepada jek AUDIO IN, cabut peranti atau kabel tersebut.
Semasa peranti USB atau kabel audio disambungkan kepada port PLAY/CHARGE (USB1) atau kepada jek AUDIO IN, anda tidak akan mendengar muzik daripada mana-mana peranti BLUETOOTH.
-
Sambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH.
Apabila sambungan BLUETOOTH sambungan diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk
(BLUETOOTH) berubah daripada berkelip menjadi menyala.
-
Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.
-
Laraskan kelantangan dengan menekan butang –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau operasikan peranti BLUETOOTH.
Apabila anda menekan butang –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH, penunjuk
(kuasa) berkelip sekali atau 3 kali.Bergantung pada peranti BLUETOOTH yang anda gunakan, penunjuk
(kuasa) pada pembesar suara mungkin tidak berkelip walaupun anda melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH.
Semasa main balik, anda boleh menggunakan butang pada pembesar suara untuk melaksanakan operasi berikut.
Menjeda
Tekan butang
(main) semasa main balik untuk menjeda. Tekan ia sekali lagi untuk membatalkan jeda.Melangkau ke permulaan trek yang seterusnya
Tekan butang
(main) sebanyak dua kali dengan cepat semasa main balik.Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya*
Tekan butang
(main) sebanyak 3 kali dengan cepat semasa main balik.* Operasi berbeza-beza bergantung pada peranti BLUETOOTH yang digunakan.
Petua
-
Apabila anda menetapkan kelantangan kepada tahap maksimum atau minimum pada pembesar suara, penunjuk
(kuasa) berkelip sebanyak 3 kali.
Nota
-
Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara adalah serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih terkini. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x versi yang lebih lama.
-
Jika keadaan komunikasi adalah lemah, peranti BLUETOOTH mungkin tidak memberikan respons yang betul kepada operasi pembesar suara.
-
Ketika main balik muzik sedang dijalankan pada peranti BLUETOOTH, jangan sambungkan peranti kepada port PLAY/CHARGE (USB1) atau kepada jek AUDIO IN. Menyambungkan peranti kepada port PLAY/CHARGE (USB1) atau kepada jek AUDIO IN akan membuatkan pembesar suara berada dalam mod USB atau dalam mod AUDIO IN secara automatik dan anda tidak akan mendengar muzik daripada mana-mana peranti BLUETOOTH.
-
Semasa pembesar suara mempunyai peranti yang bersambung dengan port PLAY/CHARGE (USB1) atau jek AUDIO IN, anda masih boleh mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH, dengan memilih, contohnya, [My Library] di “Sony | Music Center”.
-
Apabila menggunakan pembesar suara di tempat yang bersuhu tinggi, kelantangan mungkin berkurangan untuk melindungi bateri terbina dalam.
-
Jika paras bateri terbina dalam adalah rendah, output maksimum pembesar suara akan berkurangan.
-
Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin perlu melaraskan kelantangan atau menetapkan tetapan output audio pada peranti yang disambung.
-
Hingar atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambungkan dengan pembesar suara, persekitaran komunikasi atau persekitaran penggunaan.