Tidak dapat memasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH
-
Letakkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH dalam jarak 1 m antara satu sama lain.
-
Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara adalah serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih terkini. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x versi yang lebih lama.
-
Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, pasangkan dengan pembesar suara yang mempunyai penunjuk
(BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru. -
Jika penunjuk
(BLUETOOTH) tidak berkelip dua kali dalam warna biru, tekan butang
(BLUETOOTH). Anda mendengar panduan suara (BLUETOOTH pairing (berpasangan BLUETOOTH)) dan penujuk
(BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan). -
Setelah pembesar suara dimulakan, iPhone/iPod touch mungkin tidak dapat disambungkan kepada pembesar suara. Dalam keadaan ini, padamkan maklumat berpasangan pada iPhone/iPod touch, kemudian lakukan proses berpasangan sekali lagi.
-
Pastikan bahawa peranti BLUETOOTH dihidupkan dan fungsi BLUETOOTH diaktifkan pada peranti.
-
Jika pembesar suara tidak dipaparkan pada peranti BLUETOOTH, matikan peranti, dan kemudian hidupkan peranti sekali lagi. Ini mungkin dapat menyelesaikan isu yang dihadapi.