Mendengar muzik daripada peranti melalui sambungan BLUETOOTH

Anda boleh menikmati pendengaran muzik daripada peranti BLUETOOTH dan mengendalikan peranti menggunakan pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH sekiranya peranti tersebut menyokong profil BLUETOOTH yang berikut.

A2DP (Advanced Audio Distribution Profile)

Membolehkan anda menikmati kandungan audio berkualiti tinggi secara wayarles.

AVRCP (Audio Video Remote Control Profile)

Membolehkan anda melaraskan kelantangan dan mengoperasi untuk memainkan, menjeda atau melangkau ke permulaan trek seterusnya/yang sedang dimainkan.

Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Juga, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti BLUETOOTH.

Nota

  • Pastikan dahulu bahawa kelantangan peranti BLUETOOTH dan pembesar suara ditetapkan pada tahap yang sederhana untuk mengelakkan pembesar suara mengeluarkan apa-apa bunyi yang kuat secara tiba-tiba.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH, pelarasan kelantangan pembesar suara mungkin tidak dapat dilakukan pada peranti BLUETOOTH apabila main balik pada peranti diberhentikan/dijeda.

  1. Sambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH.

    Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk(BLUETOOTH) berubah daripada berkelip kepada menyala.

  2. Jika pembesar suara berada dalam mana-mana mod selain daripada mod BLUETOOTH untuk pemilihan sumber audio, sentuh(BLUETOOTH).

    Nota

    • Walaupun selepas sambungan diwujudkan dengan peranti BLUETOOTH, audio daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan tidak akan keluar daripada pembesar suara melainkan pembesar suara berada dalam mod BLUETOOTH.

  3. Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.
  4. Laraskan kelantangan dengan menyentuh –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau mengendalikan peranti BLUETOOTH.

    Apabila anda menyentuh –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau laraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH, penunjuk (kuasa) berkelip sekali atau 3 kali.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH yang anda gunakan, penunjuk(kuasa) pada pembesar suara mungkin tidak berkelip walaupun anda melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH.

    Sentuh dan tahan –/+ (kelantangan) pada pembesar suara untuk pelarasan pantas.

    Semasa main balik, anda boleh menggunakan(main) pada pembesar suara untuk melakukan operasi berikut.

    Menjeda

    Sentuh(main) pada pembesar suara semasa main balik untuk menjeda. Sentuh sekali lagi untuk membatalkan jeda.

    Melangkau ke permulaan trek yang seterusnya

    Sentuh(main) pada pembesar suara dua kali dengan cepat semasa main balik.

    Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya*

    Sentuh(main) pada pembesar suara 3 kali dengan cepat semasa main balik.

    * Operasi berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH yang digunakan.

Petua

  • Selagi pembesar suara disambungkan ke salur keluar AC melalui kord kuasa AC (dibekalkan), bateri terbina dalam pembesar suara mampu mengecas sendiri walaupun semasa main balik muzik daripada pembesar suara sedang dijalankan. Bergantung pada penggunaan pembesar suara, pengecasan mungkin akan mengambil masa yang lama. Apabila anda ingin menggunakan pembesar suara semasa mengecas bateri, turunkan kelantangan pembesar suara, atau matikan pembesar suara dan biarkan bateri mengecas sendiri sepenuhnya sebelum menggunakan pembesar suara.

  • Pembesar suara menyokong perlindungan kandungan dengan kaedah SCMS-T. Anda boleh mendengar muzik (atau audio) daripada telefon pintar atau telefon mudah alih, yang menyokong kaedah SCMS-T, melalui pembesar suara.

  • Apabila anda menetapkan kelantangan pembesar suara pada tahap maksimum atau minimum, penunjuk(kuasa) berkelip 3 kali.

Nota

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.

  • Jika keadaan komunikasi lemah, peranti BLUETOOTH mungkin bertindak balas dengan salah terhadap operasi pada pembesar suara.

  • Apabila menggunakan pembesar suara di tempat yang bersuhu tinggi, kelantangan mungkin berkurangan untuk melindungi bateri terbina dalam.

  • Output kuasa maksimum akan menjadi lebih rendah apabila kuasa bateri terbina semakin berkurang.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin perlu melaraskan kelantangan atau menetapkan tetapan output audio pada peranti yang disambung.

  • Bunyi bising atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambung ke pembesar suara, persekitaran komunikasi atau persekitaran penggunaan.