Apa yang boleh anda lakukan dengan “Fiestable”

“Fiestable” merupakan aplikasi untuk mengendalikan peranti audio Sony yang serasi dengan “Fiestable” daripada telefon pintar, dsb.

Kawalan yang tersedia

  • DJ Control

    Anda boleh memasukkan kesan bunyi (Isolator, dsb.) atau bunyi sampel (bunyi gendang/sorakan, dsb.) ke dalam muzik yang dimainkan.

  • Illumination

    Anda boleh menetapkan fungsi pencahayaan.

  • Motion Control

    Anda boleh melakukan operasi bunyi dengan menggoyangkan telefon pintar.

  • Karaoke

    Anda boleh menikmati pelbagai ciri Karaoke, seperti Voice Changer, Echo, Key Control, dsb.

  • Voice Control

    Anda boleh mengoperasikan pembesar suara dengan memberi arahan suara pratetap kepada mikrofon telefon pintar/iPhone.

  • Party Light

    Anda boleh menyegerakkan pencahayaan skrin untuk beberapa telefon pintar/iPhone dengan pencahayaan pembesar suara ini.

  • Party Playlist

    Anda dan tetamu anda boleh menambahkan lagu kegemaran ke senarai main daripada berbilang peranti BLUETOOTH.

Petua

  • Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Fiestable” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

Nota

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.