Tidak dapat menggandingkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH

  • Letak peranti BLUETOOTH dalam jarak 1 m dari pembesar suara.

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.

  • Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, gandingkan dengan pembesar suara yang mempunyai penunjuk (BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru.

  • Jika penunjuk(BLUETOOTH) tidak berkelip dua kali dalam warna biru, sentuh dan tahan(BLUETOOTH) pada pembesar suara. Anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH pairing (Perpasangan BLUETOOTH)) dan penunjuk(BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan).

  • Sebaik sahaja pembesar suara dimulakan, iPhone mungkin tidak dapat menyambung ke pembesar suara. Dalam keadaan ini, padamkan maklumat penggandingan pada iPhone, kemudian gandingkan semula peranti.

  • Pastikan bahawa peranti BLUETOOTH dihidupkan dan fungsi BLUETOOTH diaktifkan pada peranti.

  • Jika pembesar suara tidak dipaparkan pada peranti BLUETOOTH, matikan peranti, kemudian hidupkan peranti semula. Ini mungkin dapat menyelesaikan isu yang dihadapi.

  • Bergantung pada spesifikasi TV, tiada sambungan BLUETOOTH yang boleh diwujudkan antara pembesar suara dengan TV walaupun TV mempunyai fungsi BLUETOOTH.