Tentang penunjuk

Penunjuk CHARGE (jingga)

Tidak menyala Pengecasan pembesar suara telah selesai.
Menyala Pembesar suara sedang dicas.
Berkelip perlahan-lahan Bateri terbina dalam berfungsi pada 10% atau kurang dan perlu dicas.
Berkelip 3 kali dan dimatikan Jika penunjuk CHARGE berkelip 3 kali dan mati apabila anda menghidupkan pembesar suara, bateri terbina dalam sudah kosong dan perlu dicas.

Nota

  • Apabila pembesar suara dihidupkan, ia akan mengecas bateri terbina dalam, selagi pembesar suara itu disambungkan kepada alur keluar AC menggunakan kord kuasa AC yang dibekalkan.

    Bergantung pada penggunaan pembesar suara, pengecasan mungkin akan mengambil masa yang lama. Sebaiknya, matikan pembesar suara terlebih dahulu sebelum mengecas bateri.

  • Sekiranya suhu sekitar adalah sangat rendah atau tinggi, pembesar suara akan berhenti mengecas bateri terbina dalam atas sebab-sebab keselamatan. Ia juga mungkin akan berhenti mengecas sekiranya pengecasan berterusan untuk jangka masa yang lama. Dalam keadaan seperti itu, turunkan atau naikkan suhu ke suhu operasi antara 5 °C hingga 35 °C, cabut dan sambung semula kord kuasa AC, dan kemudian biarkan pembesar suara mengecas bateri terbina dalam sekali lagi.

Penunjuk(kuasa)

Tidak menyala Pembesar suara dimatikan.
Menyala (hijau) Pembesar suara dihidupkan.
Menyala (jingga) Pembesar suara dimatikan. Pembesar suara berada dalam mod tunggu sedia BLUETOOTH.
Berkelip (hijau atau jingga)
  • Setiap kali anda menyentuh -/+ (kelantangan) pada pembesar suara, penunjuk berkelip sekali dalam warna hijau.

  • Apabila anda mengendalikan -/+ (kelantangan) pada pembesar suara dan kelantangan ditetapkan pada tahap terendah (0) atau tertinggi (50 untuk main balik muzik), penunjuk berkelip 3 kali dalam warna hijau.

  • Apabila warna cahaya ditukar oleh salah satu pemilih warna pencahayaan pada pembesar suara, penunjuk berkelip sekali dalam warna hijau.

  • Apabila warna semasa dipilih oleh pemilih warna pencahayaan pada pembesar suara, penunjuk berkelip 3 kali dalam warna hijau.

  • Apabila (main) dan - (kelantangan) pada pembesar suara disentuh dan ditahan secara serentak selama kira-kira 5 saat dan fungsi Tunggu Sedia Automatik dimatikan, penunjuk berkelip 3 kali dalam warna jingga.

  • Apabila(main) dan - (kelantangan) pada pembesar suara disentuh dan ditahan secara serentak selama kira-kira 5 saat dan fungsi Tunggu Sedia Automatik dihidupkan, penunjuk berkelip dua kali dalam warna jingga.

  • Apabila(main) dan (BLUETOOTH) pada pembesar suara disentuh dan dipegang secara serentak selama lebih kira-kira 2 saat dan keutamaan “Keutamaan pada Sambungan Stabil” dipilih untuk kualiti sambungan BLUETOOTH, penunjuk berkelip 3 kali dalam warna hijau.

  • Apabila(main) dan (BLUETOOTH) pada pembesar suara disentuh dan dipegang secara serentak selama lebih kira-kira 2 saat dan keutamaan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dipilih untuk kualiti sambungan BLUETOOTH penunjuk berkelip dua kali dalam warna hijau.

  • Mengikut kemajuan kemas kini perisian, aktiviti penunjuk(kuasa) warna hijau berubah (daripada 5 kelipan kepada 4 kelipan, satu kelipan, kemudian tidak menyala*).

  • Apabila pembesar suara dihidupkan untuk kali pertama selepas kemas kini perisian, penunjuk berkelip 3 kali dalam warna hijau bersama-sama dengan penunjuk (BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru untuk memaklumkan anda bahawa kemas kini telah selesai.

Berkelip dua kali (jingga) Ralat dikesan semasa pengecasan bateri. Berhenti mengecas dengan segera, tunggu sebentar, kemudian cas bateri terbina dalam sekali lagi. Untuk maklumat lanjut, lihat Makluman tentang pengecasan.
Berkelip tiga kali (jingga) Keluarbiasaan, seperti operasi sentuhan yang tidak sah atau nyahsambung sambungan BLUETOOTH dikesan (ralat litar elektrik). Ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam Menghidupkan semula pembesar suara untuk menghidupkan semula pembesar suara.
Berkelip empat kali (jingga)
  • Kemas kini perisian telah dibatalkan oleh “Sony | Music Center”.

  • Kemas kini perisian gagal.

* Bergantung pada keadaan, anda mungkin tidak dapat melihat semua corak kelipan.

Penunjuk(BLUETOOTH) (biru)

Tidak menyala Fungsi BLUETOOTH tidak diaktifkan.
Menyala Pembesar suara disambungkan ke peranti BLUETOOTH.
Berkelip
  • Kemas kini perisian telah dibatalkan oleh “Sony | Music Center”.

  • Kemas kini perisian gagal.

  • Apabila pembesar suara dihidupkan untuk kali pertama selepas kemas kini perisian, penunjuk berkelip 3 kali bersama-sama dengan penunjuk (kuasa) yang berkelip dalam warna hijau untuk memaklumkan anda bahawa kemas kini telah selesai.

Berkelip dua kali

Pembesar suara berada dalam mod berpasangan.

Berkelip perlahan-lahan

Pembesar suara sedang menunggu peranti BLUETOOTH untuk disambungkan.

Penunjuk MEGA BASS (putih)

Tidak menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada selain daripada MEGA BASS.
Menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS.

Penunjuk STAMINA (putih)

Tidak menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada selain daripada STAMINA.
Menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada STAMINA.

Penunjuk GUITAR (putih)

Tidak menyala Pembesar suara tidak berada dalam mod gitar.
Menyala Pembesar suara berada dalam mod gitar.