Membawa pembesar suara

Pembesar suara ini mempunyai roda dwipaksi supaya anda dapat menggerakkan pembesar suara dengan mudah.

Untuk menggerakkan pembesar suara, genggam bahagian tengah pemegang, yang berada di sebelah pembesar suara yang sama dengan roda dwipaksi, dengan satu tangan dan tarik pembesar suara sambil memastikan ia bergerak dengan roda dwipaksi.

Pada permukaan sedemikian yang membuatkan pembesar suara goyah semasa digerakkan, pegang pemegang dengan kedua-dua tangan dan tolak pembesar suara.

Roda dwipaksi hanya boleh digunakan pada permukaan rata.

Angkat pembesar suara dengan dua orang pada permukaan yang tidak rata menggunakan pemegang pada pembesar suara. Peletakan tangan yang betul untuk membawa pembesar suara adalah sangat penting untuk mengelakkan kecederaan diri dan/atau kerosakan harta benda.

Sebelum membawa pembesar suara, cabut semua kabel.

Nota

  • Bagi mengelakkan kecederaan kepada diri sendiri atau kerosakan kepada barangan lain di sekeliling, pegang pembesar suara dengan betul seperti yang ditunjukkan di atas untuk mengangkat pembesar suara.

  • Berhati-hati semasa membawa pembesar suara di cerun.

  • Jangan bawa pembesar suara dengan orang, bagasi, dan lain-lain di atas pembesar suara.

  • Jangan biarkan kanak-kanak atau bayi berada berhampiran semasa membawa pembesar suara.