Menikmati bunyi daripada gitar
Anda boleh mendengar bunyi daripada gitar anda dengan menyambungkan gitar kepada jek MIC2/GUITAR (Φ 6.3 mm) pada pembesar suara. Dengan menyambungkan mikrofon luar kepada jek MIC1 (Φ 6.3 mm) pada pembesar suara, anda boleh bermain gitar dan pada masa yang sama, menyanyi.
-
Putarkan tombol aras MIC dan GUITAR ke arah MIN untuk mengurangkan kelantangan gitar.
-
Sambungkan gitar ke jek MIC2/GUITAR di bahagian belakang pembesar suara dengan kabel instrumen untuk pendawaian gitar (tersedia secara komersial).
-
Tekan butang GUITAR yang berada di bahagian belakang pembesar suara.
Penunjuk GUITAR menyala dalam warna putih.
-
Laraskan kelantangan gitar semasa bermain gitar.
Bunyi gitar dikeluarkan daripada pembesar suara.
Untuk menamatkan mod gitar pada pembesar suara
Tekan butang GUITAR yang berada di bahagian belakang pembesar suara sekali lagi.
Nota
-
Sebelum memutuskan sambungan gitar daripada pembesar suara, putar tombol aras MIC dan GUITAR ke arah “MIN” untuk mengurangkan kelantangan gitar.
-
Semasa mikrofon atau gitar disambungkan kepada pembesar suara, fungsi Tunggu Sedia Automatik dimatikan.
-
Jangan gunakan jek MIC2/GUITAR di tempat pembesar suara berkemungkinan terkena percikan air. Kord kuasa AC yang dibekalkan serta jek dan port (AC IN/USB/AUDIO IN/MIC/GUITAR) di belakang penutup bukanlah bersifat kalis air.