Apa anda boleh lakukan dengan “Sony | Music Center”
“Sony | Music Center” ialah aplikasi untuk mengawal peranti audio Sony yang serasi dengan “Sony | Music Center” menggunakan telefon pintar anda, dsb.
Untuk butiran lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk URL berikut:
Operasi yang boleh dilakukan pada pembesar suara dengan “Sony | Music Center”
-
Menyediakan fungsi Party Connect
-
Menyediakan fungsi Pasangan Stereo, menukar saluran audio kanan (sebelah kanan) dan kiri (sebelah kiri)
-
Tetapan kualiti bunyi dan pelarasan penyama
-
Penunjuk tahap bateri terbina dalam
-
Tetapan Pilihan Kuasa (STAMINA, Penjagaan Bateri, Paras Bateri (Suara), Bunyi Hidup/Mati Kuasa, Tunggu Sedia Automatik, Tunggu Sedia Bluetooth)
-
Hidupkan/matikan ciri untuk mematikan cahaya latar panel sentuh secara automatik
-
Tetapan (Pencahayaan) pencahayaan (menukar Lighting Mode)
-
Menukar sumber audio untuk main semula antara peranti yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH, peranti disambungkan ke jek AUDIO IN dan peranti yang disambungkan ke port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB)
-
Menukar Kualiti Sambungan Bluetooth (Keutamaan pada Kualiti Bunyi/Keutamaan pada Sambungan Stabil)
-
Pengurusan sambungan berbilang titik (sambungan serentak dengan 2 peranti BLUETOOTH)
-
Melihat kemas kini atau versi perisian pembesar suara
-
Operasi termasuk mewujudkan dan memutuskan sambungan dengan peranti BLUETOOTH
dsb.
Nota
-
Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Sony | Music Center” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.
-
Pastikan untuk menggunakan versi terkini “Sony | Music Center”. Jika anda tidak boleh menyambungkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, atau jika terdapat masalah seperti tiada bunyi dikeluarkan, nyahpasang “Sony | Music Center” dan cuba untuk melakukan sambungan melalui BLUETOOTH sekali lagi. Untuk maklumat lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk Google Play (Play Store) atau App Store.
-
Harap maklum bahawa “Sony | Music Center” dan “Music Center for PC” merupakan aplikasi yang berbeza.