Memasang “Sony | Music Center”

Pasangkan “Sony | Music Center” pada telefon pintar anda, dsb. daripada Google Play (Play Store) atau App Store. Untuk peranti Apple iOS, “Sony | Music Center” boleh dipasang pada peranti dengan iOS 11.0 atau versi yang lebih baharu. Pemasangan tidak tersedia pada peranti dengan iOS 10.x atau versi yang lebih lama.

  1. Muat turun “Sony | Music Center” daripada Google Play (Play Store) atau App Store dan pasangkan aplikasi itu.

  2. Apabila pemasangan selesai, mulakan “Sony | Music Center”.

Nota

  • Harap maklum bahawa “Sony | Music Center” dan “Music Center for PC” merupakan aplikasi yang berbeza.

  • Pastikan untuk menggunakan versi terkini “Sony | Music Center”. Jika anda tidak boleh menyambungkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, atau jika terdapat masalah seperti tiada bunyi dikeluarkan, nyahpasang “Sony | Music Center” dan cuba untuk melakukan sambungan melalui BLUETOOTH sekali lagi. Untuk maklumat lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk Google Play (Play Store) atau App Store.