Tentang penunjuk

Penunjuk CHARGE (jingga)

Tidak menyala Pengecasan bateri telah selesai.
Menyala Pengecasan bateri sedang dijalankan.
Berkelip perlahan-lahan Bateri terbina dalam berfungsi pada 20% atau kurang dan perlu dicas.
Berkelip 3 kali dan dimatikan Dalam keadaan penunjuk CHARGE berkelip sebanyak 3 kali dan pembesar suara terpadam selepas pembesar suara telah dihidupkan, ini bermakna bahawa bateri terbina dalam adalah kosong dan perlu dicas.

Nota

  • Apabila pembesar suara dihidupkan, ia akan mengecas bateri terbina dalam, selagi pembesar suara itu disambungkan kepada alur keluar AC menggunakan kord kuasa AC yang dibekalkan.

    Bergantung pada penggunaan pembesar suara, pengecasan mungkin akan mengambil masa yang lama. Sebaiknya, matikan pembesar suara terlebih dahulu sebelum mengecas bateri.

  • Sekiranya suhu sekitar adalah sangat rendah atau tinggi, pembesar suara akan berhenti mengecas bateri terbina dalam atas sebab-sebab keselamatan. Ia juga mungkin akan berhenti mengecas sekiranya pengecasan berterusan untuk jangka masa yang lama. Dalam keadaan seperti itu, turunkan atau naikkan suhu ke suhu operasi antara 5 °C hingga 35 °C, cabut dan sambung semula kord kuasa AC, dan kemudian biarkan pembesar suara mengecas bateri terbina dalam sekali lagi.

Penunjuk(kuasa)

Tidak menyala Pembesar suara dimatikan.
Menyala (hijau) Pembesar suara dihidupkan.
Menyala (jingga) Pembesar suara dimatikan. Fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan.
Berkelip (hijau atau jingga)
  • Setiap kali anda mengetik –/+ (kelantangan) pada pembesar suara, penunjuk berkelip sekali dalam warna hijau.

  • Apabila anda mengendalikan –/+ (kelantangan) pada pembesar suara dan kelantangan ditetapkan pada tahap terendah (0) atau tertinggi (50), penunjuk berkelip 3 kali dalam warna hijau.

  • Apabila (main) dan – (kelantangan) pada pembesar suara disentuh dan ditahan secara serentak selama kira-kira 5 saat dan fungsi Tunggu Sedia Automatik dimatikan, penunjuk berkelip 3 kali dalam warna jingga.

  • Apabila(main) dan – (kelantangan) pada pembesar suara disentuh dan ditahan secara serentak selama kira-kira 5 saat dan fungsi Tunggu Sedia Automatik dihidupkan, penunjuk berkelip dua kali dalam warna jingga.

  • Apabila(main) dan (BLUETOOTH) pada pembesar suara disentuh dan dipegang secara serentak selama lebih kira-kira 2 saat dan keutamaan “Keutamaan pada Sambungan Stabil” dipilih untuk kualiti sambungan BLUETOOTH, penunjuk berkelip 3 kali dalam warna hijau.

  • Apabila(main) dan (BLUETOOTH) pada pembesar suara disentuh dan dipegang secara serentak selama lebih kira-kira 2 saat dan keutamaan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dipilih untuk kualiti sambungan BLUETOOTH penunjuk berkelip dua kali dalam warna hijau.

  • Mengikut kemajuan kemas kini perisian, aktiviti penunjuk(kuasa) warna hijau berubah (daripada 5 kelipan kepada 4 kelipan, satu kelipan, kemudian tidak menyala*).

  • Apabila pembesar suara dihidupkan untuk kali pertama selepas kemas kini perisian, penunjuk (kuasa) hijau dan (BLUETOOTH) biru berkelip serentak sebanyak 3 kali.

Berkelip dua kali (jingga) Keluarbiasaan pada suhu dalaman atau dalam bateri boleh dicas semula terbina dalam dikesan. Matikan pembesar suara, cabut kord kuasa AC, tunggu seketika, dan kemudian mulakan semula pembesar suara. Untuk maklumat lanjut, lihat Makluman tentang pengecasan.
Berkelip tiga kali (jingga) Keluarbiasaan, seperti operasi sentuhan yang tidak sah atau nyahsambung sambungan BLUETOOTH dikesan (ralat litar elektrik). Ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam Menghidupkan semula pembesar suara untuk menghidupkan semula pembesar suara.
Berkelip empat kali (jingga)
  • Kemas kini perisian telah dibatalkan oleh “Sony | Music Center”.

  • Kemas kini perisian gagal.

* Bergantung pada keadaan, anda mungkin tidak dapat melihat semua corak kelipan.

Penunjuk(BLUETOOTH) (biru)

Tidak menyala Tiada sambungan BLUETOOTH diwujudkan dengan pembesar suara atau fungsi BLUETOOTH tidak diaktifkan pada pembesar suara.
Menyala Pembesar suara disambungkan ke peranti BLUETOOTH.
Berkelip
  • Kemas kini perisian telah dibatalkan oleh “Sony | Music Center”.

  • Kemas kini perisian gagal.

  • Apabila pembesar suara dihidupkan untuk kali pertama selepas kemas kini perisian, penunjuk (BLUETOOTH) biru dan hijau (kuasa) berkelip serentak sebanyak 3 kali.

Berkelip dua kali

Pembesar suara berada dalam mod berpasangan.

Berkelip perlahan-lahan

Pembesar suara sedang menunggu peranti BLUETOOTH untuk disambungkan.

Penunjuk MEGA BASS (putih)

Menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS.
Tidak menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada selain daripada MEGA BASS.

Penunjuk STAMINA (putih)

Menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada STAMINA.
Tidak menyala Kesan bunyi ditetapkan kepada selain daripada STAMINA.

Penunjuk GUITAR (putih)

Menyala Pembesar suara berada dalam mod gitar.
Tidak menyala Pembesar suara tidak berada dalam mod gitar.

Penunjuk ECHO (putih)

Menyala Tahap gema mikrofon ditetapkan kepada 1, 2, atau 3.
Tidak menyala
  • Kesan gema mikrofon tidak diaktifkan atau tiada mikrofon yang disambungkan ke pembesar suara.

  • Semasa tahap gema mikrofon ditetapkan kepada 3, menekan butang ECHO di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara menyahaktifkan kesan gema mikrofon dan mematikan penunjuk.

Berkelip Semasa tahap gema mikrofon ditetapkan kepada 1 atau 2, menekan butang ECHO di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara menyebabkan penunjuk berkelip sekali.

Penunjuk KEY CONTROL (rata) (putih)

Menyala Tahap kawalan nada bagi nota (rata) ditetapkan kepada tahap di antara –1 hingga –6.
Tidak menyala Tiada tahap kawalan nada ditetapkan bagi nota (rata) atau tiada mikrofon yang disambungkan ke pembesar suara.
Berkelip
  • Menekan butang KEY CONTROL (rata) di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara menjadikan penunjuk berkelip sekali.

  • Semasa tahap kawalan nada bagi nota (rata) ditetapkan kepada –6, menekan butang KEY CONTROL (rata) di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara menjadikan penunjuk berkelip 3 kali.

Penunjuk KEY CONTROL (tajam) (putih)

Menyala Tahap kawalan nada bagi nota (tajam) ditetapkan kepada tahap di antara +1 hingga +6.
Tidak menyala Tiada tahap kawalan nada ditetapkan bagi nota (tajam) atau tiada mikrofon yang disambungkan ke pembesar suara.
Berkelip
  • Menekan butang KEY CONTROL (tajam) di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara menjadikan penunjuk berkelip sekali.

  • Semasa tahap kawalan nada bagi nota (tajam) ditetapkan kepada +6, menekan butang KEY CONTROL (tajam) di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara menjadikan penunjuk berkelip 3 kali.