Tidak dapat menyambung ke peranti BLUETOOTH dengan pembesar suara untuk fungsi Pasangan Stereo
-
Kemas kini perisian prapasang kepada versi terkini pada setiap pembesar suara untuk menyambung bagi fungsi tersebut.
(Untuk butiran mengenai prosedur kemas kini, lihat Mengemas kini perisian prapasang.)
-
Kemas kini “Sony | Music Center” ke versi terkini sebelum menyediakan fungsi Pasangan Stereo.
Untuk butiran lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk URL berikut:
-
Pastikan bahawa 2 pembesar suara yang akan disambungkan untuk fungsi tersebut terletak dalam jarak 1 m antara satu sama lain.
-
Apabila main balik muzik sedang dijalankan, hentikan main balik sebelum menyediakan fungsi Pasangan Stereo.