Tukar dan nikmati pelbagai kesan bunyi
Anda boleh menukar dan menikmati pelbagai kesan bunyi yang terdapat pada pembesar suara.
Menikmati bunyi yang lebih dinamik (kesan MEGA BASS)
Anda boleh menggunakan salah satu tatacara yang berikut untuk persediaan.
Semasa pembelian, kesan bunyi MEGA BASS telah diaktifkan.
-
Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XV500] - [Settings] - [Sound] - [Sound Effect] - [MEGA BASS].
-
Ketik MEGA BASS pada pembesar suara.
Setiap kali anda mengetik MEGA BASS pada pembesar suara, kesan bunyi MEGA BASS diaktifkan atau dinyahaktifkan.
Nikmati perasaan berada di persembahan langsung (kesan LIVE SOUND)
Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XV500] - [Settings] - [Sound] - [Sound Effect] - [LIVE SOUND].
Tetapkan tetapan pengimbang mengikut pilihan anda (CUSTOM)
-
Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XV500] - [Settings] - [Sound].
-
Lakukan yang berikut.
-
Ketik [Sound Effect] - [CUSTOM].
-
Ketik [Custom EQ], dan kemudian sesuaikan tetapan pengimbang mengikut keselesaan anda.
-
Untuk menggunakan pembesar suara dengan penggunaan tenaga yang kurang bagi bateri boleh dicas semula (STAMINA)
Anda boleh menggunakan salah satu tatacara yang berikut untuk persediaan.
Semasa pembelian, pilihan kuasa STAMINA dinyahaktifkan.
-
Sentuh dan tahan MEGA BASS/STAMINA pada pembesar suara* selama kira-kira 2 saat.
Penunjuk STAMINA menyala dalam warna putih untuk menunjukkan bahawa pilihan kuasa STAMINA telah diaktifkan.
Untuk menyahaktifkan pilihan kuasa STAMINA, sentuh dan tahan MEGA BASS/STAMINA pada pembesar suara* sekali lagi selama kira-kira 2 saat.
* Sentuh ukiran “MEGA BASS”.
-
Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XV500] - [Settings] - [Power Option], dan kemudian pilih [STAMINA].
Apabila pilihan kuasa STAMINA diaktifkan, fungsi pencahayaan dan kesan bunyi, termasuk MEGA BASS, dinyahaktifkan.