Mendengar muzik pada peranti USB

Pembesar suara menyokong format fail audio yang berikut.

  • MP3: sambungan fail [.mp3]

  • WMA: sambungan fail [.wma]

  • WAV: sambungan fail [.wav]

  1. Sambungkan peranti USB ke port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB).

  2. Tekan butang (main) untuk memulakan main balik.

    Anda boleh menggunakan “Sony | Music Center” untuk operasi main balik atau untuk memilih muzik dengan mudah daripada senarai muzik pada peranti USB.

    Dengan butang(main), anda juga boleh melaksanakan operasi berikut.

    • Menjeda main balik

      Semasa main balik sedang berjalan, tekan butang(main). Untuk memulakan semula main balik, tekan sekali lagi.

    • Melangkau ke trek seterusnya

      Semasa main balik sedang berjalan, tekan butang(main) sebanyak dua kali dengan cepat.

    • Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya

      Semasa main balik sedang berjalan, tekan butang(main) sebanyak 3 kali dengan cepat.

  3. Tekan butang –/+ (kelantangan) untuk melaraskan kelantangan.

Nota

  • Apabila fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect sedang digunakan, pembesar suara tidak dapat mengeluarkan muzik yang dimainkan pada peranti USB yang disambungkan kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB).

  • Pembesar suara tidak dapat memainkan fail audio pada peranti USB dalam keadaan berikut:

    • Jumlah bilangan fail audio pada peranti USB yang disambungkan melebihi 2 000.

    • Bilangan folder pada peranti USB yang disambungkan melebihi 300, termasuk folder “ROOT”.

      Jumlah di atas berbeza-beza bergantung pada struktur fail dan folder. Pada peranti USB yang mengandungi fail audio, jangan simpan fail yang berbeza jenis atau folder yang tidak diperlukan.

  • Pembesar suara boleh memainkan fail audio yang terdapat dalam subfolder, dari subfolder pertama hingga subfolder aras ke-8.

  • Folder yang tidak mengandungi fail audio akan dilangkau semasa main balik.

  • Jika kandungan sebenar fail dan sambungan fail yang disokong bukanlah seperti yang sepatutnya, memainkan fail tersebut boleh menyebabkan pembesar suara mengeluarkan bunyi atau menjadi rosak.

  • Apabila peranti USB disambungkan kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB), keutamaan akan diberikan kepada audio yang dikeluarkan melalui port USB serta audio yang dikeluarkan daripada peranti BLUETOOTH dan peranti yang bersambung dengan jek AUDIO IN akan dilumpuhkan. Bergantung pada keadaan sambungan BLUETOOTH, penunjuk (BLUETOOTH) menyala atau berkelip dalam warna biru. Walau bagaimanapun, ini bukanlah menunjukkan adanya kerosakan.

  • Semasa pembesar suara bersambung dengan peranti USB, anda masih boleh mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH atau daripada peranti yang disambungkan kepada jek AUDIO IN dengan memilih, contohnya, [My Library] di “Sony | Music Center”.

  • Jangan gunakan port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) di tempat pembesar suara berkemungkinan terkena percikan air. Kord kuasa AC yang dibekalkan serta jek dan port (AC IN, USB, AUDIO IN, MIC) di belakang penutup tidak direka bentuk untuk bersifat kalis air dan kalis habuk.