Mengemas kini perisian prapasang

Apabila perisian versi terkini dilancarkan, anda boleh mengemas kini perisian pembesar suara yang telah dipasang dengan menggunakan kaedah berikut.

Dengan mengemas kini perisian, ciri baharu akan ditambahkan dan membolehkan anda menikmati penggunaan yang lebih mudah dan stabil.

  1. Sambungkan pembesar suara ke alur keluar AC menggunakan kord kuasa AC yang dibekalkan.

    Kemas kini perisian tidak dapat dilakukan apabila digunakan bersama dengan bateri terbina dalam.

  2. Hidupkan pembesar suara.

    Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan penunjuk (kuasa) menyala dalam warna hijau.

  3. Ketik [Music Center] pada telefon pintar anda, dsb. untuk memulakan aplikasi.

    Music Center

  4. Ketik [ULT FIELD 7].

    Apabila versi baharu perisian dikeluarkan, notis kemas kini akan dipaparkan pada skrin “Sony | Music Center”.

  5. Ikut arahan pada skrin untuk mengemas kini.

    Mengikut kemajuan kemas kini perisian, aktiviti penunjuk(kuasa) warna hijau berubah (daripada 5 kelipan kepada 4 kelipan, satu kelipan, kemudian tidak menyala).

    Bergantung pada keadaan, anda mungkin tidak dapat melihat semua corak kelipan.

    Apabila pembesar suara dihidupkan untuk kali pertama selepas kemas kini perisian, penunjuk (kuasa) yang berwarna hijau dan (BLUETOOTH) yang berwarna biru akan secara serentak berkelip sebanyak 3 kali untuk memaklumkan kepada anda bahawa kemas kini telah selesai.

  6. Sahkan versi perisian pembesar suara.

    Di “Sony | Music Center”, ketik [ULT FIELD 7] - [Settings] - [System].

    “XXXXXXX” yang dipaparkan di bawah “ULT FIELD 7” menunjukkan versi perisian.

Petua

  • Apabila kemas kini perisian gagal, matikan dan hidupkan pembesar suara semula. Pembesar suara akan pulih daripada keadaan ralat.

Nota

  • Apabila percubaan untuk mengemas kini kemas perisian gagal, cas bateri terbina dalam boleh dicas semula sehingga 40% atau lebih. Anda boleh melihat baki kuasa bateri terbina dalam boleh dicas semula pada “Sony | Music Center”.