Mendengar muzik daripada peranti melalui sambungan BLUETOOTH

Anda boleh menikmati dan mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH dan mengendalikan peranti menggunakan pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH sekiranya peranti tersebut menyokong profil BLUETOOTH yang berikut.

A2DP (Advanced Audio Distribution Profile)

Membolehkan anda menikmati kandungan audio berkualiti tinggi secara wayarles.

AVRCP (Audio Video Remote Control Profile)

Membolehkan anda melaraskan kelantangan dan mengoperasi untuk memainkan, menjeda atau melangkau ke permulaan trek seterusnya/yang sedang dimainkan.

Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Juga, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti BLUETOOTH.

Nota

  • Pastikan dahulu bahawa kelantangan peranti BLUETOOTH dan pembesar suara ditetapkan pada tahap yang sederhana untuk mengelakkan pembesar suara mengeluarkan apa-apa bunyi yang kuat secara tiba-tiba.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH, pelarasan kelantangan pembesar suara mungkin tidak dapat dilakukan pada peranti BLUETOOTH apabila main balik pada peranti diberhentikan/dijeda.

  1. Apabila peranti USB atau kabel audio disambungkan kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) atau kepada jek AUDIO IN, cabut peranti atau kabel tersebut.

    Semasa peranti USB atau kabel audio disambungkan kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) atau kepada jek AUDIO IN, anda tidak akan mendengar muzik daripada mana-mana peranti BLUETOOTH.

  2. Sambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH.

    Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk (BLUETOOTH) berubah daripada berkelip kepada menyala.

  3. Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.
  4. Laraskan kelantangan dengan menekan butang –/+ (kelantangan) atau mengendali peranti BLUETOOTH.

    Apabila anda menekan butang –/+ (kelantangan) atau melaras kelantangan pada peranti BLUETOOTH, penunjuk(kuasa) berkelip sekali atau 3 kali.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH yang anda gunakan, penunjuk(kuasa) mungkin tidak berkelip walaupun anda melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH.

    Tekan dan tahan butang –/+ (kelantangan) untuk pelarasan pantas.

    Semasa main balik, anda boleh menggunakan butang(main) untuk melakukan operasi berikut.

    Menjeda

    Tekan butang(main) semasa main balik untuk menjeda. Tekan ia sekali lagi untuk membatalkan jeda.

    Melangkau ke permulaan trek yang seterusnya

    Tekan butang(main) sebanyak dua kali dengan cepat semasa main balik.

    Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya*

    Tekan butang(main) sebanyak 3 kali dengan cepat semasa main balik.

    * Operasi berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH yang digunakan.

Petua

  • Selagi pembesar suara disambungkan ke salur keluar AC melalui kord kuasa AC (dibekalkan), bateri terbina dalam pembesar suara mampu mengecas sendiri walaupun semasa main balik muzik daripada pembesar suara sedang dijalankan. Bergantung pada penggunaan pembesar suara, pengecasan mungkin akan mengambil masa yang lama. Apabila anda ingin menggunakan pembesar suara semasa mengecas bateri, turunkan kelantangan pembesar suara, atau matikan pembesar suara dan biarkan bateri mengecas sendiri sepenuhnya sebelum menggunakan pembesar suara.

  • Pembesar suara menyokong perlindungan kandungan dengan kaedah SCMS-T. Anda boleh mendengar muzik (atau audio) daripada telefon pintar atau telefon mudah alih, yang menyokong kaedah SCMS-T, melalui pembesar suara.

  • Apabila anda menetapkan kelantangan pembesar suara pada tahap maksimum atau minimum, penunjuk(kuasa) berkelip 3 kali.

  • Menekan dan menahan butang (main) selama kira-kira 5 saat menjadikan pembesar suara memainkan trek muzik yang disimpan bagi tujuan demonstrasi. Untuk melumpuhkan ciri ini, tekan butang (main) sekali lagi.

Nota

  • Jika keadaan komunikasi lemah, peranti BLUETOOTH mungkin bertindak balas dengan salah terhadap operasi pada pembesar suara.

  • Apabila main semula muzik dijalankan pada peranti BLUETOOTH, jangan sambungkan peranti kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) atau jek AUDIO IN. Menyambungkan peranti kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) atau jek AUDIO IN secara automatik menjadikan pembesar suara ke dalam mod USB atau AUDIO IN dan anda tidak dapat mendengar muzik daripada mana-mana peranti BLUETOOTH.

  • Apabila pembesar suara mempunyai peranti yang disambungkan kepada port PLAY/CHARGE OUTPUT (USB) atau jek AUDIO IN, anda masih boleh mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH dengan memilih, sebagai contoh, [My Library] pada “Sony | Music Center”.

  • Apabila menggunakan pembesar suara di tempat yang bersuhu tinggi, kelantangan mungkin berkurangan untuk melindungi bateri terbina dalam.

  • Output kuasa maksimum akan menjadi lebih rendah apabila kuasa bateri terbina semakin berkurang.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin perlu melaraskan kelantangan atau menetapkan tetapan output audio pada peranti yang disambung.

  • Bunyi bising atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambung ke pembesar suara, persekitaran komunikasi atau persekitaran penggunaan.