Tidak dapat menggandingkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH
-
Letakkan peranti pembesar suara dan peranti BLUETOOTH dalam jarak 1 m dari satu sama lain.
-
Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, gandingkan dengan pembesar suara yang mempunyai penunjuk (BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru.
-
Jika penunjuk (BLUETOOTH) tidak berkelip dua kali dalam warna biru, tekan butang (BLUETOOTH) selama lebih kurang 2 saat. Anda akan mendengar panduan suara (Pairing (Berpasangan)) daripada pembesar suara dan penunjuk(BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan).
-
Sebaik sahaja pembesar suara dimulakan, iPhone mungkin tidak dapat menyambung ke pembesar suara. Dalam keadaan ini, padamkan maklumat penggandingan pada iPhone, kemudian gandingkan semula peranti.
-
Pastikan bahawa peranti BLUETOOTH dihidupkan dan fungsi BLUETOOTH diaktifkan pada peranti.
-
Jika pembesar suara tidak dipaparkan pada peranti BLUETOOTH, matikan peranti, kemudian hidupkan peranti semula. Ini mungkin dapat menyelesaikan isu yang dihadapi.
-
Bergantung pada spesifikasi TV, tiada sambungan BLUETOOTH yang boleh diwujudkan antara pembesar suara dengan TV walaupun TV mempunyai fungsi BLUETOOTH.