Memilih kualiti main balik muzik melalui sambungan BLUETOOTH (Codec)
Pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dan “Keutamaan pada Sambungan Stabil” tersedia pada pembesar suara untuk kualiti sambungan BLUETOOTH. Pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” bukan sahaja memberikan keserasian dengan SBC tetapi juga dengan AAC dan LDAC untuk main balik muzik dengan kualiti bunyi yang tinggi, manakala pilihan “Keutamaan pada Sambungan Stabil” membolehkan main balik muzik melalui sambungan BLUETOOTH yang lebih stabil. Semasa pembelian, pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” telah dipilih.
-
Keutamaan pada Kualiti Bunyi (tetapan lalai): Codec optimum dipilih secara automatik daripada AAC, LDAC dan SBC.
-
Keutamaan pada Sambungan Stabil: SBC telah dipilih.
-
Hidupkan pembesar suara.
Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara dan penunjuk (BLUETOOTH) mula berkelip* dalam warna biru.
* Jika peranti BLUETOOTH yang telah disambungkan dengan pembesar suara sebelum ini terletak berdekatan, pembesar suara mungkin menyambung dengan peranti tersebut secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, penunjuk (BLUETOOTH) menyala dalam warna biru.
-
Tukar kualiti sambungan BLUETOOTH.
Apabila menggunakan butang pembesar suara
-
Tekan dan tahan butang (main) dan butang (BLUETOOTH) secara serentak selama 2 saat.
Apabila tetapan ditukar kepada pilihan “Keutamaan pada Sambungan Stabil”, penunjuk(kuasa) berkelip 3 kali dalam warna hijau.
Apabila tetapan ditukar kepada pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi”, penunjuk(kuasa) berkelip dua kali dalam warna hijau.
Apabila pembesar suara disambungkan dengan peranti BLUETOOTH, semua sambungan diputuskan secara automatik diwujudkan semula, dan kemudian keutamaan menjadi berkesan.
Semasa menggunakan “Sony | Music Center”
-
Pasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH, seperti telefon pintar.
Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara.
-
Ketik [Music Center] pada telefon pintar anda, dsb. untuk memulakan aplikasi.
Music Center
-
Ketik [ULT FIELD 7].
-
Ketik [Settings] - [Sound] - [Bluetooth Connection Quality], kemudian pilih [Priority on Sound Quality] atau [Priority on Stable Connection].
Semua sambungan dengan peranti BLUETOOTH diputuskan dan diwujudkan semula secara automatik, dan kemudian keutamaan menjadi berkesan.
-
Petua
-
Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, codec bertukar secara automatik kepada SBC.
Nota
-
Apabila pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dipilih, bunyi bising atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada tetapan peranti BLUETOOTH dan keadaan sekitar. Dalam keadaan sedemikian, tukar kualiti sambungan BLUETOOTH kepada pilihan “Keutamaan pada Sambungan Stabil”.