Mengecas pembesar suara

Pembesar suara boleh beroperasi menggunakan kuasa daripada alur keluar AC yang disambungkan oleh kord kuasa AC yang dibekalkan atau daripada bateri ion litium terbina dalam yang boleh dicas semula.

Apabila menggunakan pembesar suara buat kali pertama, pastikan anda mengecas bateri terbina dalam selama lebih dari 1 jam sebelum menghidupkan pembesar suara.

Dengan mengecas bateri terbina dalam lebih awal, anda boleh mengoperasikan pembesar suara dengan hanya menggunakan kuasa bateri.

Petua

  • Untuk mengecas bateri terbina dalam pembesar suara, pilihan mod Penjagaan Bateri tersedia selain kaedah pengecasan yang biasa. Mod Penjagaan Bateri mengehadkan kapasiti pengecasan maksimum kepada kira-kira 90% dan menjadikan hayat bateri lebih bertahan lama. Masa main balik yang tersedia dalam mod Penjagaan Bateri lebih pendek daripada masa yang tersedia apabila bateri terbina dalam dicas dengan kaedah pengecasan biasa. Semasa pembelian, pembesar suara bukan dalam mod Penjagaan Bateri.

  • Semasa pembesar suara dihidupkan, tindakan menekan dan menahan butang BATTERY/butang BATTERY CARE di belakang penutup pada bahagian belakang pembesar suara selama kira-kira 2 saat meletakkan pembesar suara ke dalam mod Penjagaan Bateri dan anda mendengar panduan suara (Battery Care mode, ON (mod Penjagaan Bateri, DIHIDUPKAN)) daripada pembesar suara. Tindakan menekan dan menahan butang BATTERY/butang BATTERY CARE sekali lagi untuk kira-kira 2 saat membawa pembesar suara keluar daripada mod Penjagaan Bateri dan anda mendengar panduan suara (Battery Care mode, OFF (mod Penjagaan Bateri, DIMATIKAN)) daripada pembesar suara.

  • Anda boleh meletakkan/membawa pembesar suara ke dalam/keluar daripada mod Penjagaan Bateri dengan “Sony | Music Center” juga.

  1. Sambungkan pembesar suara kepada alur keluar AC untuk mengecas pembesar suara.

    Sambungkan jek input AC pada pembesar suara dan alur keluar AC menggunakan kord kuasa AC yang dibekalkan.

    Pengecasan bateri bermula dan penunjuk CHARGE menyala dalam warna jingga. Pengecasan akan selesai dalam kira-kira 5 jam* dan penunjuk akan dimatikan.

    * Masa yang diperlukan untuk bateri kosong diisi sepenuhnya (100%) semasa pembesar suara dimatikan.


    Pastikan anda menutup penutup dengan kemas setelah anda mencabut kord kuasa AC daripada pembesar suara selepas bateri selesai dicas.

    Penutup memainkan peranan yang sangat penting dalam penyelenggaraan prestasi kalis air dan kalis habuk.


Memeriksa sekiranya pengecasan telah selesai

Jika bateri terbina dalam dicas sepenuhnya apabila anda menyambungkan pembesar suara ke alur keluar AC, penunjuk CHARGE menyala dalam warna jingga kemudian dimatikan selepas kira-kira 1 minit.

Memeriksa aras bateri terbina dalam bagi bateri terbina dalam yang boleh dicas semula

Selepas menekan butang BATTERY di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara, apabila pembesar suara dihidupkan, panduan suara yang disenaraikan di bawah akan dapat didengar daripada pembesar suara, bergantung pada kuasa bateri terbina dalam yang masih berbaki.

81% - 100%: “Battery fully charged” (Bateri dicas penuh)

81% - 90% (mod Penjagaan Bateri): “Battery Care Mode, Fully Charged, Battery About 90%” (Mod Penjagaan Bateri, Cas Penuh, Bateri Lebih Kurang 90%)

61% - 80%: “Battery about 80%” (Bateri lebih kurang 80%)

41% - 60%: “Battery about 60%” (Bateri lebih kurang 60%)

21% - 40%: “Battery about 40%” (Bateri lebih kurang 40%)

1% - 20%: “Low Battery” (Bateri Rendah)

Petua

  • Dengan menggunakan “Sony | Music Center”, anda boleh mengaktifkan/menyahaktifkan panduan suara yang dikaitkan dengan baki kuasa bateri yang anda dengar apabila anda menghidupkan pembesar suara.

Hayat bateri terbina dalam (apabila pembesar suara bukan dalam mod Penjagaan Bateri dan sambungan BLUETOOTH telah diwujudkan)

  • Kira-kira 30 jam

    • Tahap kelantangan: 16

    • Bunyi: ULT1/2 dihidupkan

    • Lampu: dimatikan

  • Kira-kira 25 jam

    • Tahap kelantangan: 16

    • Bunyi: ULT1/2 dihidupkan

    • Lampu: dihidupkan

  • Kira-kira 3 jam

    • Tahap kelantangan: 50 (MAKS.)

    • Bunyi: ULT1/2 dihidupkan

    • Lampu: dihidupkan

Masa yang diperlukan untuk mengecas bateri yang boleh dicas semula (apabila mod Penjagaan Bateri tidak diaktifkan)

  • Kira-kira 5 jam*

    10 minit pengecasan memberikan kira-kira 3 jam main balik muzik.

    (Tahap kelantangan: 16 / Bunyi: ULT1/2 dihidupkan / Lampu: dimatikan)

* Masa yang diperlukan untuk bateri kosong diisi sepenuhnya (100%) semasa pembesar suara dimatikan.


Hayat bateri terbina dalam di atas diukur menggunakan sumber muzik kami yang khusus.

Tempoh prestasi sebenar mungkin berbeza daripada tempoh yang dinyatakan kerana ia dipengaruhi oleh kelantangan, lagu yang dimainkan, suhu sekeliling, dan keadaan penggunaan.

Apabila kuasa bateri terbina dalam semakin berkurang

Apabila panduan suara menyatakan “Low Battery” (Bateri Rendah) dan penunjuk CHARGE berkelip perlahan-lahan, bateri terbina dalam hampir habis dan perlu dicas. Semasa dalam keadaan ini, pembesar suara tidak boleh membekalkan kuasa kepada peranti lain dan mungkin mati secara automatik.

Apabila baki bateri berkurangan ke tahap pembesar suara tidak boleh dihidupkan, anda akan mendengar panduan suara (Battery is empty. (Bateri kosong.)) dan pembesar suara dimatikan secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, cas pembesar suara.

Dalam keadaan penunjuk CHARGE berkelip sebanyak 3 kali dalam warna jingga dan pembesar suara terpadam selepas pembesar suara telah dihidupkan, ini bermakna bahawa bateri terbina dalam adalah kosong dan perlu dicas.

Petua

  • Hidupkan STAMINA pada “Sony | Music Center” untuk mengurangkan kuasa yang digunakan semasa menggunakan bateri terbina dalam yang boleh dicas semula supaya anda boleh bermain muzik untuk masa yang lebih lama.

Nota

  • Apabila anda menggunakan pembesar suara pada kelantangan yang kuat, bateri terbina dalam mungkin kehabisan walaupun pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC. Jika anda mahu menggunakan pembesar suara semasa pengecasan, turunkan kelantangan pembesar suara. Jika tidak, matikan pembesar suara dan cas bateri terbina dalam dengan secukupnya.

  • Output kuasa maksimum akan menjadi lebih rendah apabila kuasa bateri terbina semakin berkurang.

  • Sekiranya suhu sekitar adalah sangat rendah atau tinggi, pembesar suara akan berhenti mengecas bateri terbina dalam atas sebab-sebab keselamatan. Ia juga mungkin akan berhenti mengecas sekiranya pengecasan berterusan untuk jangka masa yang lama. Dalam keadaan seperti itu, turunkan atau naikkan suhu ke suhu operasi antara 5 °C hingga 35 °C, cabut dan sambung semula kord kuasa AC yang dibekalkan, dan kemudian biarkan pembesar suara mengecas bateri terbina dalam sekali lagi.

  • Jangan mengecas bateri terbina dalam pembesar suara di tempat air mungkin terpercik pada pembesar suara.

    Kord kuasa AC yang dibekalkan serta jek dan port (AC IN, USB, AUDIO IN, MIC) di belakang penutup tidak direka bentuk untuk bersifat kalis air dan kalis habuk.

  • Walaupun anda tidak bermaksud untuk menggunakan pembesar suara dalam jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasi bateri.