Melihat maklumat cakera dan peranti USB
Anda boleh melihat maklumat cakera dan peranti USB yang berikut pada skrin TV dan paparan.
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan
DISPLAY berulang kali semasa main balik.
-
Maklumat main balik
Masa main dan baki masa
-
Kadar bit
-
Jenis media
-
Status main balik
-
Judul*1/runut/nama fail*2
-
Nama album*1/nama folder*2/nombor bab/nombor indeks
-
Nama artis*1 *2
Muncul apabila memainkan fail audio
*1 Jika fail audio mempunyai tag ID3, sistem akan memaparkan nama album/nama judul/nama artis daripada maklumat tag ID3. Sistem boleh menyokong ID3 versi 1.0/1.1/2.2/2.3.
*2 Jika nama mengandungi aksara yang tidak boleh dipaparkan, aksara tersebut akan dipaparkan sebagai [_].
Nota
-
Bergantung pada sumber yang dimainkan, sesetengah maklumat atau aksara tidak dapat dipaparkan.
-
Bergantung pada mod main, maklumat yang dipaparkan mungkin berbeza.
Tekan DISPLAY berulang kali semasa sistem dihidupkan.
Anda boleh melihat maklumat seperti berikut:
-
Masa main/baki masa bagi runut, fail, cakera
-
Nama fail, nama folder
-
Maklumat judul, artis dan album
Nota
-
Nama cakera atau nama runut mungkin tidak dipaparkan bergantung pada aksara.
-
Masa main fail audio mungkin tidak dipaparkan dengan betul.
-
Masa main berlalu bagi fail audio yang dikodkan dengan VBR (variable bit rate, iaitu kadar bit pembolehubah) tidak dipaparkan dengan betul.

