Menyambungkan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Berkawat)

Anda boleh menyambungkan berbilang sistem audio dalam rantaian untuk mencipta persekitaran parti yang lebih mengujakan dan menghasilkan output bunyi yang lebih tinggi.

Satu sistem dalam rantaian yang diaktifkan bertindak sebagai “Hos Parti” dan berkongsi muzik.

Sistem lain menjadi “Tetamu Parti” dan memainkan muzik yang sama seperti yang dimainkan oleh “Hos Parti”.

Menetapkan Party Chain

Sediakan Party Chain Berkawat dengan menyambungkan semua sistem menggunakan kord audio (tidak dibekalkan).

Sebelum menyambungkan kord, pastikan anda mematikan sistem.

Jika semua sistem dilengkapi dengan fungsi Party Chain Berkawat

Contoh: Apabila menyambung dengan sistem ini sebagai sistem pertama

A: Sistem pertama (Hos Parti)

B: Sistem kedua (Tetamu Parti)

C: Sistem terakhir (Tetamu Parti)

D: Teruskan sambungan sehingga sistem terakhir.

  • Sistem terakhir mestilah disambungkan kepada sistem pertama. Jika sistem terakhir tidak disambungkan balik kepada sistem pertama, Hos Parti tidak boleh ditukar.

  • Mana-mana sistem boleh menjadi Hos Parti. Anda boleh menukar Hos Parti kepada sistem lain dalam rantaian. Untuk butiran lanjut, lihat Menikmati main balik muzik dengan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Berkawat).

  • Pastikan bahawa fungsi yang lain daripada fungsi AUDIO IN dipilih. Apabila fungsi AUDIO IN dipilih, ciri ini tidak boleh digunakan.

Jika salah satu sistem tidak dilengkapi dengan fungsi Party Chain Berkawat

Contoh: Apabila menyambung dengan sistem ini sebagai sistem pertama

A: Sistem pertama (Hos Parti)

B: Sistem kedua (Tetamu Parti)

C: Sistem terakhir* (Tetamu Parti)

D: Teruskan sambungan sehingga sistem terakhir.

* Sambungkan sistem yang tidak dilengkapi dengan fungsi Party Chain Berkawat pada sistem terakhir, jika tidak rantaian akan terhenti pada sistem itu. Pastikan anda memilih fungsi AUDIO IN pada sistem terakhir ini.

  • Sistem terakhir tidak bersambung kepada sistem pertama.

  • Anda mesti memilih sistem pertama sebagai Hos Parti supaya semua sistem memainkan muzik yang sama apabila fungsi Party Chain Berkawat diaktifkan.