Mempraset stesen radio

Anda boleh menyimpan sehingga 20 stesen FM sebagai stesen kegemaran anda.

  1. Tala ke stesen yang anda mahu praset. (Lihat Mendengar radio FM.)
  2. Tekan DVD/TUNER MENU.
  3. Tekan / berulang kali untuk memilih nombor praset yang anda mahu, kemudian tekan (masuk).

    [COMPLETE] muncul pada paparan dan stesen disimpan.

    Jika stesen lain telah pun diberikan kepada nombor praset yang dipilih, stesen itu digantikan oleh stesen baharu.

Untuk mendengar stesen praset

Tekan PRESET -/+ berulang kali untuk memilih nombor praset yang anda mahu. Sebagai alternatif, tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka, dan kemudian tekan (masuk).