Menyanyi karaoke

Anda boleh menyanyi karaoke menggunakan fungsi Karaoke.

  1. Tekan MIC LEVEL - untuk mengurangkan aras kelantangan mikrofon ke aras minimum.
  2. Tekan GUITAR pada sistem berulang kali sehingga penunjuk GUITAR terpadam.
  3. Sambungkan mikrofon (tidak dibekalkan) kepada jek MIC1 atau MIC2/GUITAR pada sistem.

    Sambungkan mikrofon pilihan yang lain jika anda mahu menyanyi secara berduet.

  4. Mula mainkan muzik dan laraskan kelantangan mikrofon.

    Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan kesan gema.

  5. Mula menyanyi bersama-sama dengan muzik.

Nota

  • Sekiranya bunyi adalah terlalu kuat, sistem akan mengurangkan bunyi mikrofon secara automatik selama beberapa saat.

  • Sekiranya bunyi terlalu kuat ini berterusan, lakukan seperti berikut:

    • Alihkan mikrofon jauh dari sistem.

    • Tukar arah mikrofon.

    • Tekan MIC LEVEL – berulang kali.

    • Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan aras gema.

  • Bunyi mikrofon tidak akan dipindahkan ke peranti USB semasa pemindahan USB.

  • Anda tidak boleh melaraskan aras kelantangan mikrofon menggunakan (kelantangan) +/–. Tekan MIC LEVEL +/- berulang kali untuk melaraskan aras kelantangan mikrofon.

  • Apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles atau Speaker Add, bunyi dari mikrofon hanyalah output dari sistem yang bersambung dengan mikrofon.

  • Jika bunyi melalui mikrofon adalah sangat kuat, bunyi tersebut mungkin menjadi terherot. Tekan MIC LEVEL - berulang kali untuk mengurangkan kelantangan mikrofon.