Mendengar muzik pada peranti USB

Sistem menyokong format fail audio yang berikut.

  • MP3: sambungan fail [.mp3]

  • WMA: sambungan fail [.wma]

  • AAC: sambungan fail [.m4a/.mp4/.3gp]

  • WAV: sambungan fail [.wav]

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].
  2. Sambung peranti USB ke port (USB).
  3. Tekan MEDIA MODE untuk memilih [MUSIC] atau [VIDEO].
  4. Tekan (main) untuk memulakan main balik.

Pengendalian lain

Bergantung pada jenis fail, fungsi mungkin tidak berkesan.

Untuk Lakukan ini
Menghentikan main balik Tekan (henti).
Menjeda main balik Tekan (jeda).
Menyambung semula main balik atau kembali kepada main balik normal Tekan (main).
Membatalkan titik sambung semula Tekan (henti) sebanyak dua kali.
Memilih runut atau fail. Tekan (sebelumnya) atau (seterusnya) semasa main balik.
Atau, tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka, dan kemudian tekan (masuk).
Memilih folder Tekan (folder) -/+ berulang kali.
Mencari titik dengan pantas dalam ke depan pantas atau undur pantas (Gelintar Kunci) Tekan (undur pantas) atau (ke depan pantas) semasa main balik. Tekan (main) untuk kembali ke main.Setiap kali anda menekan (undur pantas) atau (ke depan pantas), kelajuan main balik akan berubah.

Petua

  • Sebaik sahaja sistem dan peranti USB disambungkan, anda boleh mengawal main balik dengan menekan (main), dan (sebelumnya)/(seterusnya).

Nota

  • Anda boleh menggunakan penyesuai USB (tidak dibekalkan) untuk menyambungkan peranti USB ke sistem jika peranti USB tidak boleh dipalamkan ke dalam port (USB).