Memasang TV
Sebelum menyambungkan kabel, pastikan anda menanggalkan kord kuasa AC (bahagian utama).
: Kabel HDMI Kelajuan Tinggi dengan Ethernet (tidak dibekalkan)
: Kabel audio (tidak dibekalkan)
Pilih kaedah sambungan mengikut jek-jek pada TV anda.
| Jek input yang tersedia pada TV anda | |||
| Jek HDMI dengan “ARC”*1 | Jek HDMI tanpa “ARC” | Tanpa jek HDMI | |
| Untuk menonton video |
|
|
Tidak tersedia |
| Untuk mendengar bunyi TV*2 |
|
|
|
*1 Fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC) membolehkan TV mengeluarkan bunyi melalui sistem dengan hanya sambungan kabel HDMI. Untuk menetapkan fungsi ARC pada sistem ini, lihat Menu tetapan. Untuk memeriksa keserasian fungsi ARC TV anda, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama TV anda.
*2 Untuk mendengar bunyi TV, tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [TV].
Untuk menukar warna sistem (Kecuali untuk model Amerika Latin, Eropah, dan Rusia)
Tetapkan sistem warna bergantung pada sistem warna TV anda.
Setiap kali anda melakukan tatacara di bawah ini, sistem warna berubah seperti berikut:
NTSC
PAL
Gunakan kawalan pada sistem untuk melaksanakan operasi ini.
-
Tekan
(kuasa) untuk menghidupkan sistem. -
Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [DVD/CD].
-
Tekan dan tahan MIC ECHO dan MEGA BASS selama lebih daripada 3 saat.
[NTSC] atau [PAL] muncul pada paparan.
Petua
-
Anda juga boleh menikmati bunyi kelengkapan audio/video melalui sistem. (Rujuk Mendengar muzik dari peranti audio luaran, dsb..)
-
Anda juga boleh menyambungkan jek-jek input audio kelengkapan pilihan (VCR, dsb.) kepada jek-jek AUDIO/PARTY CHAIN OUT L/R. Untuk butiran, sila rujuk arahan pengendalian kelengkapan anda.
-
Anda boleh menikmati fungsi Party Chain Berkawat dengan menyambungkan sistem audio yang lain dengan sistem ini. (Lihat Menyambungkan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Berkawat).)
-
Jika aras output audio dari sistem adalah rendah semasa menyambungkan kelengkapan pilihan, cuba laraskan tetapan output audio pada kelengkapan yang tersambung. Ini boleh meningkatkan aras output audio. Untuk butiran, sila rujuk arahan pengendalian kelengkapan anda.
Nota
-
Jangan menyambungkan sistem ini ke TV melalui dek video.
-
Apabila isyarat audio yang diinput ke jek HDMI OUT (TV) ARC sistem adalah yang selain daripada isyarat PCM Linear 2 saluran, mesej [CODE 01] dan [SGNL ERR] muncul pada paparan sistem. (Lihat Tentang mesej.)

